Buka menu utama

Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah

(Dilencongkan dari Sultan Abdullah Mu'adzam Shah)

Sultan Abdullah Mu'azzam Shah I adalah Sultan Kedah ke-17. Baginda merupakan putera kepada Sultan Atau’llah Muhammad Shah II dan Tengku Maheran

Pada 17 November 1698, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-17 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang

Baginda bersama Jemaah menteri telah bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ibrahim sebagai Raja Muda

Raja Muda Ibrahim telah membangunkan bandar Limbong dan bersemayam di Kota Limbong

Pada 17 Jun 1701, baginda telah memerintahkan Raja Muda Ibrahim untuk membuat suatu kawasan permakaman di Kota Limbong yang kini dikenali sebagai Makam Diraja Langgar

Baginda bersama Jemaah menteri bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ishak sebagai Raja Temenggung

Baginda amat mengambil berat hal ehwal dalam dan luar negeri

Baginda telah membenarkan puteranya, Tengku Muhammad Jiwa ke luar negeri untuk merantau

Baginda berada dalam keadaan kemasyghulan kerana rindu akan Tengku Muhammad Jiwa yang terlalu lama merantau

Tengku Muhammad Jiwa telah berguru dengan Tuan Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Ahmad Al Mahdani dan Hafiz Sab

Pada 22 September 1706, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Kota Langgar atau Makam Diraja Langgar

RujukanSunting

Sultan-Sultan Kedah[1]
Didahului oleh
Sultan Ataullah Muhammad Shah II
Sultan Kedah
1698-1706
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah
  1. ^ "Salasilah Duli Yang Maha Mulia". Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. 2003. Dicapai 2010-09-05.