Buka menu utama

Sultan Abdullah al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah

(Dilencongkan dari Sultan Abdullah alMutasim Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah)

Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah adalah Sultan Pahang moden ke-3. Baginda diputerakan pada hari Khamis, 12 Oktober 1874 Masihi bersamaan 25 Syawal 1296 di istana ayahandanya dan bondanya Che Kusuma di Pekan Lama. Baginda merupakan putera yang kelima Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali.

Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah
Sultan Pahang Moden ke-III
Pahang Darul Makmur
Pemerintahan 19 Jun 1917 - 22 Jun 1932
Pendahulu Sultan Mahmud Shah
Pengganti Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah
Raja Muda Tengku Abu Bakar
Pasangan Che Endut
Che Kalsum Binti Abdullah
Che Wan Chantik Binti Wan Mohd Amin
Anakanda
Tengku Abu Bakar
Nama penuh
Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah
Ayahanda Sultan Ahmad Muazzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali
Bonda Cik Kusuma Binti Tok Minal Daeng Koro
Keputeraan (1874-10-12)12 Oktober 1874
Pekan, Pahang, Negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 22 Jun 1932(1932-06-22) (umur 57)
Istana Kuning, Pekan, Pahang
Dimakamkan 23 Jun 1932
Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang
Agama Islam

Baginda telah dilantik menaiki takhta kerajaan Negeri Pahang setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Mahmud Shah. Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada bulan Mei 1919, di Balairung Seri Istana Seri Terentang, Pekan dengan penuh istiadat.

Baginda juga amat meminati seni dan budaya di mana semasa pemerintahan Baginda, kegiatan seni dan budaya seperti joget dan gamelan sangat giat diadakan. Kegiatan sukan dan permainan tradisional Melayu juga sering diadakan seperti lumba perahu, menuba, memburu dan silat.

Sultan Abdullah telah mangkat di Istana Kuning pada 22 Jun 1932. Al-Marhum Baginda dimakamkan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Sebelum Al-Marhum Baginda dimakamkan, Yang Dipertua Adat Istiadat Negeri Pahang telah mengisytiharkan perlantikan putera Baginda, Tengku Abu Bakar iaitu Tengku Mahkota Pahang dilantik sebagai Sultan. Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah mangkat dengan meninggalkan tiga orang isteri iaitu Che Endut, Che Kalsum bt Abdullah dan Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin dengan sepuluh orang putera dan tujuh orang puteri.

Lihat jugaSunting

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Mahmud Shah
Sultan Pahang Moden ke-III
1917-1932
Diikuti oleh:
Sultan Abu Bakar




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.