Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng Ibrahim

Sultan Johor
(Dilencongkan dari Sultan Abu Bakar)

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim GCMG KCSI bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Hamid bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Abdul Jamal bin Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Almarhum Tun Ali Al Aydrus (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) telah menggantikan ayahandanya, Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman, bagi mentadbir Johor dari 1862 hingga 1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3]. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah merupakan Sultan Johor era moden pertama.

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar
Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja
Tun Daeng Ibrahim
Sultan Johor Era Moden I
Pemerintahan 13 Februari 1886 - 4 Jun 1895
Pendahulu Sultan Ali Iskandar Shah
Pengganti Sultan Ibrahim
Raja Muda Tunku Ibrahim
Pasangan Wan Chik binti Muhammad Tahir
Zubaidah binti Abdullah
Fatimah binti Abdullah
Khadijah Khanum
Anakanda
Tunku Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Mariam
Tunku Putri
Tunku Azizah
Tunku Fatimah[1][fn 1]
Nama penuh
Almarhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Ayahanda Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Bonda Cik' Ngah[2]
Keputeraan (1833-02-03)3 Februari 1833
Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura
Kemangkatan 4 Jun 1895(1895-06-04) (umur 62)
Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom
Dimakamkan 7 September 1895
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru
Agama Islam
Maharaja Abu Bakar
مهاراج أبو بکر
Maharaja Johor
Pemerintahan30 Jun 1868 – 12 Februari 1886
Didahului olehTemenggung Daeng Ibrahim
Temenggung Johor (de facto)
Diikuti oleh(jawatan dimansuhkan)
Sultan Johor
Temenggong Sri Maharaja Wan Abu Bakar
تمڠݢوڠ سري مهاراج وان أبو بکر
Temenggung Johor
Pemerintahan2 Februari 1862 – 29 Jun 1868
Didahului olehTemenggung Daeng Ibrahim (Temenggung Johor)
Diikuti oleh(jawatan dimansuhkan)
Maharaja Johor
KerabatWangsa Temenggung
Gelaran hormat bagi
Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim
سلطان سير أبو بکر إبن داءيڠ إبراهيم
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Temenggong Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Wangsa Temenggong Johor dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggong Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggong Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggong Abu Bakar pada tahun 1868.

Keputeraan sunting

Wan Abu Bakar dilahirkan pada 3 Februari 1833 di Istana Lama Teluk Belanga, Singapura. Baginda adalah anak sulung Temenggong Daeng Ibrahim, dia keturunan Patrilineal Temenggong Abdul Rahman yang pada gilirannya adalah keturunan matrilineal Sultan Abdul Jalil Shah IV, Sultan Bendahara Johor yang pertama. Abu Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga; pada usia muda dia ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional)[4] sebelum dia dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga, sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh ini, Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain bahasa Melayu jatinya.[5]

Pada tahun 1851, Temenggong telah mewakilkan Abu Bakar, yang kemudian menjadi pemuda berusia lapan belas tahun, untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali, yang membuat percubaan remeh untuk menuntut hak kedaulatan ke atas Johor.[6] Sebagai orang tua Temenggong, baginda secara beransur-ansur mewakilkan tugas pentadbirannya kepada Abu Bakar. Dalam tempoh ini, beberapa pegawai British memuji kemampuan diplomatik Abu Bakar yang sangat baik, seperti yang disebutkan dalam buku harian William Napier, pegawai undang-undang kanan Singapura. Napier telah menemani Abu Bakar untuk mengambil Tengku Teh, ibunda Sultan Mahmud Muzaffar Shah Lingga yang dibuang ke Johor tidak lama selepas anaknya mula mengajukan tuntutan kedaulatan ke atas Pahang.[7]

Meletusnya Perang Saudara Pahang pada tahun berikutnya menyaksikan persahabatan dan pemberian sokongan Abu Bakar terhadap Tun Mutahir untuk usaha perangnya. Abu Bakar berkahwin dengan anak perempuan Mutahir pada tahun 1860 semasa lawatan di Pahang, dan pada tahun berikutnya baginda menandatangani perjanjian persahabatan, persekutuan dan jaminan sokongan bersama Mutahir pada tahun 1861.[8] Sementara itu, Temenggong Ibrahim sudah menderita gering demam yang tinggi mengakibatkan kemangkatannya pada 31 Januari 1862.[9]

Pemerintahan awal sunting

Sebagai Temenggong (1862–1868) sunting

Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall (kini Taman Tyersall berdekatan Kebun Bunga Singapura). Johor diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah yang digulingkan

Sebagai Maharaja (1868–1885) sunting

Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil.

 
Lakaran rupa baginda daripada akhbar Inggeris, 1866.

Sebagai Sultan Johor sunting

Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak; dokumen berupa berlembagaan negeri ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang semakin dicampur urusan petandbiran dengan pihak British[10] lagi-lagi dengan kesihatan baginda yang semakin melemah buruk.[11] Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah mengekalkan kebebasan status negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama.

Kemangkatan sunting

Sultan Abu Bakar mangkat setelah beberapa lama gering menghidap sakit paru-paru berair pada 4 Jun 1895 di Bailey's Hotel, South Kensington, United Kingdom[12]

Jenazah baginda dibawa kembali ke Tanah Melayu oleh suatu kapal perang British dari Penang. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, anakandanya Tunku Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada 7 September 1895.[13]

Peninggalan sunting

Terdapat seberapa binaan yang diberi nama memperingati baginda baik di Johor Bahru mahupun di Muar yang menonjol kerana ditampilkan binaan bercirikan seni bina Victoria dan Moor berbanding binaan sekelilingnya:

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
-
Sultan Johor ke-21
1886–1895
Diikuti oleh:
Sultan Ibrahim

Salasilah sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Tengku juga dieja sebagai Tunku di Johor. (Milne, Mauzy, Malaysian Politics Under Mahathir, ms xv)

Rujukan sunting

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Dewan Sastera, pg 14
  2. ^ Christopher Buyers, Johor10, dicapai pada 20 April 2009
  3. ^ [Carl A. Trocki, ms 128.]
  4. ^ Milner, The Invention of Politics in Colonial Malaya, pg 208
  5. ^ Jessy, History of Malaya (1400–1959): 1400–1959, pg 225
  6. ^ Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 107
  7. ^ Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 136
  8. ^ Nadarajah, Johore and the Origins of British Control, pg 20
  9. ^ Turnbull, The Straits Settlements, 1826–67: Indian Presidency to Crown Colony, pg 286
  10. ^ Andaya, A History of Malaysia, pg 199
  11. ^ Nadarajah, Johore and the Origins of British Control, pg 48
  12. ^ Winstedt, A History of Johore (1365–1941), ms 137
  13. ^ Buckley, An Anecdotal History of Old Times in Singapore, from the Foundation of the Settlement Under the Honourable the East India Company, on 6 February 1819, to the Transfer to the Colonial Office as Part of the Colonial Possessions of the Crown on 1 April 1867, pg 45
  14. ^ Tate, Karim, Information Malaysia (2005), pg 877
  15. ^ Destinations: Johor–Royal Abu Bakar Museum Diarkibkan 2009-08-30 di Wayback Machine, retrieved 26 April 2009
  16. ^ A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 195
  17. ^ a b c Keabsahan perkahwinan ini diperdebatkan. Rujuk A History of Johore (1992), pg 195
  18. ^ A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 54
  19. ^ A Portrait of Malaysia and Singapore (1978), pg 102
  20. ^ Sejarah Johor (1980), pg 211
  21. ^ Federation of Malaya Official Year Book (1962), pg 26
  22. ^ a b c Died in infancy. Johor15, by Christopher Buyers, retrieved February 22, 2009

Lain-lain sunting

  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 978-9971-69-376-3.