Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Hajji Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بكر رعاية الدين المعظم شاه ; 24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) merupakan Sultan Pahang Moden kelima dari 8 Mei 1974 sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Januari 2019.
Ahmad Shah al-Musta’in Billah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Pahang Darul Makmur Yang di-Pertuan Agung dan Raja Negara Malaysia | |||||||||||||
Paduka Seri Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Pahang - | |||||||||||||
Pemerintahan | 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah | ||||||||||||
Diikuti oleh | Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Tengku Mahkota Pahang 30 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1940 - 1974 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Yang di-Pertuan Agung Negara Malaysia 07 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1984 - 1989 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Timbalan Yang di-Pertuan Agung Negara Malaysia 06 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1981 - 1984 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
- - | |||||||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | Tengku Ahmad Ibni Tengku Mahkota Abu Bakkar 24 Oktober 1930 Istana Mangga Tunggal, WERI Pekan Lahama, Daerah Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British dan tempat duduk seats = Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang | ||||||||||||
Pemakaman | 23 Mei 2019 Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang | ||||||||||||
Pasangan | 2 org | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | Tengku Meriam Tengku Muhaini Tengku Aishah Marcella Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Tengku Abdul Rahman Tengku Nong Fatimah Tengku Shahariah Tengku Fahad Mua’adzam Shah | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Pahang | ||||||||||||
Kerabat | Bendahara Wangsa Bendahara | ||||||||||||
Wangsa | AL-IDRHUSS | ||||||||||||
Ayahanda | Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah | ||||||||||||
Bonda | Almarhum Raja Hajjah Fatimah binti Almarhum Sultan Hajji Sir Allhang Iskandar .. Shah II Kaddasullah | ||||||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Ahmad Shah al-Musta’in Billah |
Setelah itu, baginda dikurniakan gelaran Paduka Ayahanda.
Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh, memerintah Malaysia dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Baginda merupakan paduka anakanda ketiga dan paduka putera tunggal kepada KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dengan KDYMM Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah.
Kehidupan awal كهيدوڤن اول
suntingTengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12:00 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang III,[1] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.
Kegemaran كڬمارن
suntingSultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.
Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.
Pewaris takhta ڤواريث تخت
suntingKetika pemerintahan paduka nenda baginda, Tengku Ahmad berada dalam tempat kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan Pahang, di hadapan paduka ayahandannya. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1932 dan diganti oleh paduka ayahandanya, baginda berada tempat pertama dalam susur galur pewarisan takhta. Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Tengku Ahmad dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia Kedua, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.[2]
Pada tahun 1965, baginda diangkat menjadi pemangku raja apabila paduka ayahandanya berangkat ke luar negara selama dua bulan.[3]
Pemerintahan ڤمرينتهن
suntingSultan Pahang سلطان ڤهڠ
suntingSultan Ahmad Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 8 Mei 1975.
Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠ
suntingSultan Ahmad Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh menggantikan Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.
Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي
suntingSultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah kemudian mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik menjadi Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama pada Februari 1983.
Kegeringan كڬريڠن
suntingPada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.
Turun takhta تورون تخت
suntingBaginda menyerahkan takhta kepada paduka putera baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun bagi membenarkan paduka putera baginda layak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta.[4]
Kemangkatan كمڠكتن
suntingPada 22 Mei 2019, Istana Pahang melaporkan Paduka Ayahanda telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8:50 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur setelah gering sekian lama.[5] Baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri Baginda, Tengku Ampuan Afzan di Makam Diraja Pahang, berdekatan dengan Masjid Abu Bakar di Pekan, Pahang.[6]
Kerabat Sultan قرابة سلطان
suntingNama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda Mereka | Cucunda Mereka |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Meriam | 1 April 1955 | Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang | 24 April 1976 - bercerai | Tengku Dato’ Sri Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah | Tengku Aidy Ahmad Shah | Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah | ||
Yang Amat Mulia Tengku Muhaini | 31 Oktober 1956 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 22 Januari 1981 - bercerai | Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra | ||||
Yang Amat Mulia Tengku Aishah Marcella | 13 November 1957 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 23 Oktober 1980 - bercerai & 2 Julai 1987 - kini | Tunku Kamil Ikram bin Tunku Abdullah & Dato’ Muhammad Johan bin Dato’ Muhammad Yusuf | Tunku Kaiyisah binti Tunku Kamil Ikram Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah bin Dato’ Muhammad Johan Putri Afzan Shakira Nabila binti Dato’ Muhammad Johan |
|||
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | 30 Julai 1959 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 6 Mac 1986 - kini | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj | Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat) Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat 24 Julai 1990) Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Tengku Puteri Iman Afzan Tengku Puteri Ilisha Ameera Tengku Ilyana |
Tengku Adam Ibrahim Shah Tengku Sulaiman Abdullah Shah Tengku Zayn Edin Shah | ||
Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman | 23 Ogos 1960 | Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang | 27 Julai 2002 | Che Puan Julita Aishah binti Abdul Latiff & Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip | Tengku Eddie Akasya Tengku Ahmad Firman Shah Tengku Ameera Asya Tengku Armaan Alam Shah |
|||
Yang Amat Mulia Tengku Nong Fatimah | 4 September 1962 | Dato’ Haji Muhammad Moiz | ||||||
Yang Amat Mulia Tengku Shahariah | 12 September 1964 | Baharim | ||||||
Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah | 10 Februari 1994 |
Rujukan kehormat, gelaran, darjah kebesaran dan lambang رجوكن كحرمت، ڬلرن، درجه كبسرن دان لامبڠ
suntingRujukan kehormat dan gelaran
sunting- 24 Oktober 1930 – 23 Jun 1932: Yang Mulia Tengku Ahmad ibni Tengku Mahkota Abu Bakar
- 23 Jun 1932 – 25 Mei 1944: Yang Amat Mulia Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 25 Mei 1944 – 8 Mei 1974: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 8 Mei 1974 – 6 Mei 1975: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 6 Mei 1975 – 26 April 1979: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 26 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 25 April 1984 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang V Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 11 Januari 2019 – 22 Mei 2019: Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بکر رعاية الدين المعظم شاه
Kurniaan Pahang كورنياءن ڤهڠ
sunting- Pahang :
- Founding Grand Master and Member (DKP) of the Royal Family Order of Pahang (since 24 October 1977)
- Grand Master and Member 1st class (DK I) of the Family Order of the Crown of Indra of Pahang (since 1974)
- Founding Grand Master of the Grand Royal Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang (SDSA, since 23 October 2010)
- Founding Grand Master and Grand Knight of the Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang (SSAP, since 24 October 1977)
- Knight Companion (DIMP), Grand Knight (SIMP) and Grand Master of the Order of the Crown of Pahang (since 1974)
- Sultan Abu Bakar Silver Jubilee Medal (24 June 1957)
Kurniaan Malaysia كورنياءن مليسيا
sunting- Malaysia :
- Recipient of Order of the Royal House of Malaysia (DKM)
- Recipient (DMN) and Grand Master (1979-1984) of the Order of the Crown of the Realm
- Grand Master (1979-1984) of the Order of the Defender of the Realm
- Grand Master (1979-1984) of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia
- Grand Master (1979-1984) of the Order of Merit of Malaysia
- Grand Master (1979-1984) of the Order of the Royal Household of Malaysia
- Johor :
- First Class of the Royal Family Order of Johor (DK I)
- Knight Grand Commander of the Order of the Crown of Johor (SPMJ)
- Sultan Ismail Coronation Medal (10 February 1960)
- Sultan Ibrahim Coronation Medal (23 March 2015)
- Kedah :
- Member of the Royal Family Order of Kedah (DK)
- Kelantan :
- Recipient of the Royal Family Order or Star of Yunus (DK)
- Negeri Sembilan :
- Member of the Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS)
- Perak :
- Recipient of the Royal Family Order of Perak (DK, 6.5.1975) -- currently :
- Grand Knight of the Order of Cura Si Manja Kini (the Perak Sword of State, SPCM, ) with title Dato' Seri—currently :
- Perlis :
- Recipient of the Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail (DK)
- Selangor :
- First Class of the Royal Family Order of Selangor (DK I, 16.7.1987)
- Terengganu :
- Member first class of the Family Order of Terengganu (DK I)
Kurniaan Negara Luar كورنياءن نڬارا لوار
sunting- Argentina : Grand Cross of the Order of the Liberator General San Martín (26 September 2006)[7]
- Brunei :
- Penerima Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB)
- Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK)
- Kuwait : Collar of the Order of Mubarak the Great[8]
- Romania
- Star of the Socialist Republic of Romania 1st class (25 November 1982)
- Arab Saudi : Badr Chain (Januari 1982)[9]
- Korea Selatan : Grand Order of Mugunghwa
- United Kingdom : Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (2 Jun 1953)
Institusi pendidikan اينستيتوسي ڤنديديقن
sunting- Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (kampus cawangan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)), Bandar Muadzam Shah, Pahang.
- Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS - Berada di dalam kampus utama UNITEN), Kajang-Bangi, Selangor.
- Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS), Pahang.
- Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, (UniPSAS), Pahang[10]
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang.
Bangunan, Jambatan dan Jalan raya باڠونن، جمبتن دان جالن راي
sunting- Masjid Sultan Ahmad Shah, Karak, Pahang
- Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang
- Masjid Sultan Ahmad Shah, Jengka, Pahang
- Masjid Sultan Ahmad Shah, Jenderak, Pahang
- Masjid Sultan Ahmad Shah, Rompin, Pahang
- Jambatan Sultan Ahmad Shah (Jambatan Temerloh) di Federal Route di Temerloh
- Jambatan Sultan Ahmad Shah II (Jambatan Semantan) di East Coast Expressway di Semantan
- Jambatan Sultan Ahmad Shah III (Jambatan Chenor) di Chenor
- Jalan Sultan Ahmad Shah (sebelumnya Northam Road) di George Town, Pulau Pinang
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (sebelumnya Hospital Temerloh) di Jalan Maran, Temerloh, Pahang
- Jalan Sultan Haji Ahmad Shah (sebelumnya Jalan Khidmat Usaha) di Kuala Lumpur
Lain-lain لاين-لاين
sunting- Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih)
Keturunan كتورونن
suntingKeturunan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Lihat juga ليهت جوݢ
suntingRujukan رجوكن
sunting- ^ "Sejarah Kesultanan Melayu Pahang". Berita Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta lepas 45 tahun". Utusan Online. 12 Januari 2019. Dicapai pada 22 Mei 2019.
- ^ "Sultan Pahang ka-luar negeri". NewspaperSG. Berita Harian. 10 Februari 1965. Dicapai pada 23 Mei 2019.
- ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta selepas 45 tahun pemerintahan". Kosmo! Online. 12 Januari 2019. Dicapai pada 22 Mei 2019.
- ^ Mohd. Shariza Abdullah (22 Mei 2019). "Sultan Haji Ahmad Shah mangkat". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2019.
- ^ "Sultan Ahmad Shah laid to rest at Pekan Royal Mausoleum". The Star Online. Dicapai pada 23 May 2019.
- ^ "SAIJ". www.saij.gob.ar. Dicapai pada 14 January 2019.
- ^ "Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-03. Dicapai pada 2014-05-23. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "malay2". www.royalark.net. Dicapai pada 14 Januari 2019.
- ^ https://unipsas.edu.my/ Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic University
Pautan luar ڤاوتن لوار
sunting- PAHANG, HRH , Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Muadzam Shah International Who's Who. accessed 1 September 2006.
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Yahya Petra (Sultan Kelantan) |
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 26 April 1979 - 25 April 1984 |
Diikuti oleh: Sultan Iskandar (Sultan Johor) |
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah |
Sultan Pahang 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019 |
Diikuti oleh: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |