Sultan Ahmad Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin
(Dilencongkan dari Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin)
Sultan Ahmad Muazzam Shah I ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah II atau Sultan Ahmad Shah II, dikenali dengan gelaran Marhum Parit selepas kemangkatan baginda, (mangkat pada 13 Muharam 1246 H/4 Julai 1830 M)[1] ialah Sultan Terengganu keempat dan putera kepada Sultan Zainal Abidin II dengan Che Puan Besar Wan Zainab anak Bendahara Indera Bongsu kerajaan Johor-Riau-Lingga. Baginda memerintah dari tahun 1808 sehingga tahun 1830.[2].
Keluarga sunting
Baginda berkahwin dengan:
- Tengku Besar Perempuan, puteri Sultan Mahmud Riayat Shah III ibni almahum Sultan Abdul Jalil Shah V, Sultan dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Johor-Riau-Lingga
- Tengku Bulang (Tengku Puteri), puteri Sultan Yahya, Raja Siak.
- Che Puan Besar Che Hajar Abdullah, berketurunan Cina
Putera-puteri Baginda terdiri daipada:
- Tengku Daud
- Tengku Omar
- Tengku Mahmud
- Tengku Kalsom
- Tengku Chik[2].
Mangkat sunting
Baginda mangkat pada 4 Julai 1830 dan dimakamkan di Makam Paya Bunga (kini dikenali sebagai Makam Sheikh Ibrahim) dan digantikan oleh adindanya, Sultan Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin[2].
Lihat juga sunting
Nota kaki sunting
- ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 155.
- ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 92-95
Rujukan sunting
- Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
- Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)
Penyandang Terdahulu | Sultan Terengganu ke-4 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Zainal Abidin II | Sultan Abdul Rahman Shah |