Sultan Alauddin Riayat Shah II

sultan Johor pertama dan anakanda Sultan Mahmud Shah

Sultan Alauddin Riayat Shah II ibni Sultan Mahmud Shah merupakan sultan Johor pertama yang memerintah pada 1528 hingga 1564.

Alauddin Riayat Shah II
Paduka Sri Sultan Johor Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Johor Ke I
Fail:-
Alauddin II
Sultan Johor ke I
Pemerintahan1 September 1528 - 1564
Kemahkotaan13 Oktober 1528
Didahului olehjawatan baru
Diikuti olehSultan Muzaffar Shah II
Pemangku raja-
KeputeraanRaja Alauddin II (Ali) bin Raja Mahmud I
1513
Kopak, Johor
Kemangkatan1 julai 1564
Kota Tinggi, Johor
Pemakaman2 julai 1564
Masjid Kampung Makam, Kampung Makam, Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor, Empayar Melaka, Malaya
PasanganPuteri Kesuma Dewi binti Sultan Shah I
Anakandaramai anaknya
Nama penuh
-
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Marhum Syahid Mangkat Di Aceh
Kerabat-
Wangsa-
AyahandaSultan Mahmud Shah dari Melaka I Ibni Sultan Alauddin Riayat Shah dari Melaka I
BondaTun Fatimah binti Tun .
AgamaIslam
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Alauddin Riayat Shah II

Nama asalnya adalah Raja Ali dan juga digelar sebagai Raja Alauddin. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari sultan Melaka.

Latar belakang

sunting

Sultan Alauddin Riayat Shah II dilahirkan pada tahun 1513 di Kopak. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah [1].

Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara).

Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estêvão da Gama telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar".

Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang ke-6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estêvão da Gama telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Setelah itu, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berpindah ke Muar.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Aceh. Pada tahun 1564, Sultan Alauddin al-Qahhar dari Aceh telah menawan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Aceh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah ditawan dan dibawa ke Aceh dan dia meninggal kerana sakit di sana dan dengan itu beliau disebut "Marhum Syahid di Aceh".

Rujukan

sunting
  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

sunting
  1. ^ R.O. Winstedt, ms 17.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
Sultan Alauddin Riayat Shah II
Wangsa Sultan Johor-Melaka
Tarikh keputeraan: 1513 Tarikh kemangkatan: 1564
Gelaran pemerintah
Gelaran baharu Sultan Johor
1528-1564
Diikuti oleh:
Muzaffar Shah II