Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
Sultan Selangor
Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938.[1][2] Baginda adalah putera kepada Raja Muda Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur.[3] Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.[4]
Sultan Alauddin Sulaiman Shah | |
---|---|
Sultan Selangor VI | |
Pemerintahan | 17 Februari 1898 - 31 Mac 1938 |
Pendahulu | Sultan Abdul Samad |
Pengganti | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Pasangan | Tunku Maharum binti Tengku Ziauddin |
Anakanda | |
Tengku Musauddin Shah Tengku Alam Shah Tengku Permaisuri Zahara, Tengku Permaisuri Langkat Tengku Ampuan Hajah Raihani, Tengku Ampuan Brunei | |
Nama penuh | |
Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Raja Musa | |
Ayahanda | Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Samad |
Bonda | Raja Buntal Raimah binti Raja Barkat |
Keputeraan | Kuala Selangor, Selangor, Malaya British | 11 September 1863
Kemangkatan | 31 Mac 1938 Istana Mahkota Negara, Klang, Selangor, Malaya British | (umur 72)
Dimakamkan | Makam Diraja Klang, Klang, Selangor, Malaya British |
Agama | Islam |
KeluargaSunting
Sultan Sulaiman mempunyai lima orang adinda iaitu Raja Yahya Sani, Raja 'Abdu'l Murad, Raja Muhammad Tahir, Raja Taksiah dan Raja Chik.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-
- Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Maharum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Musa'eddin, dan 4 orang puteri[5].
- 1910 - berkahwin dengan Raja Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah .[6]
- Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong Makam Bandar, orang kebanyakan. Dikurniakan dua orang putera, iaitu Tengku Alam Shah, Tengku Badar Shah dan dua orang puteri.
- Berkahwin dengan Raja Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah.
Nota kakiSunting
- ^ J.M Gullick, 2004, m/s 225
- ^ "Sultan Sulaiman Selangor : Sultan yang mengasihi ulama". Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Dicapai pada 2010-1-8.
Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.
Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ J.M Gillick, 2004, ms 163
- ^ J.M Gillick, 2004, ms 158
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 167 - 168
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 174
RujukanSunting
- J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1898 – 1938 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Sir Abdul Samad | Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj |