Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien

Sultan Brunei

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Sir Muhammad Jamalul Alam II (kemudian dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) merupakan Sultan Brunei ke-28, dan memerintah dari tahun 1950 hingga 1967.

Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien
عمر علي سيف الدين سعد الخير والدين
Pemerintahan 4 Jun 1950 – 4 Oktober 1967
Pendahulu Ahmad Tajuddin
Pengganti Hassanal Bolkiah
Pasangan Dayang Siti Amin
Pengiran Anak Damit
Pengiran Bini Hajah Salhah
Nama penuh
Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II
Ayahanda Muhammad Jamalul Alam II
Bonda Raja Isteri Fatimah
Keputeraan 23 September 1914/3 Zulkaedah 1332
Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan 7 September 1986/3 Muharam 1407
Istana Darussalam, Kampong Sumbiling, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Dimakamkan 8 September 1986
Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Agama Islam

Baginda merupakan paduka adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran. Dari tahun 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Pada tahun 1947, baginda diarak menjadi Pengiran Bendahara. Pada tahun 1950, baginda naik takhta setelah kemangkatan paduka kekanda baginda. Pada tahun 1951, baginda berangkat menunaikan Fardu Haji buat kali pertama.

Kemudian pada tahun yang sama, baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei Allah Peliharakan Sultan diakui secara rasmi. Pada tahun 1953, baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada tahun 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddin.

Pada tahun 1959, Brunei mempunyai perlembagaannya sendiri yang digelar Perlembagaan Negeri Brunei 1959, yang mana menurut perlembagaan tersebut, Brunei menikmati berkerajaan sendiri dengan kembalinya kuasa memerintah negara diserahkan kembali kepada sultan sebagai pemerintah. Selain itu, jawatan Residen British dihapuskan dan diganti oleh jawatan Pesuruhjaya Tinggi British.

Selepas itu, pada tahun 1954, baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei. Pada tahun 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.

Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Pada tahun 1959, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.

Pada tahun 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1962, baginda berangkat menunaikan Fardu Haji kali kedua dan satu pemberontakan berlaku di Brunei. Pada tahun 1967, Brunei mengeluarkan mata wangnya sendiri. Baginda lebih 33 kali mencemar duli berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.

Setelah 17 tahun memerintah, akhirnya pada 4 Oktober 1967, secara sukarela baginda turun dari takhta kerajaan, dan digantikan oleh putera sulung baginda, Hassanal Bolkiah.

Kesusasteraan sunting

Baginda begitu masyhur dalam bidang kesusasteraan. Antara karya terunggul baginda ialah Syair Perlembagaan Negeri, Syair Nasihat, Syair Asli Rajang Hari dan Rampaian Laila Syair. Minat baginda terhadap sastera amatlah mendalam. Motif dan corak rekaan baginda telah diadun bukan sahaja dalam rekabentuk kain-kainan, malah juga dalam senibina bangunan. Sehingga kini, baginda terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.

Keinginan untuk menyertai Malaysia sunting

Apabila Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan cadangannya untuk penggabungan Singapura, Borneo Utara, Sarawak, dan Brunei, Omar Ali Saifuddien menyaksikan ini sebagai peluang untuk mencapai kemerdekaan daripada pengaruh Inggeris. Beliau menghantar telegraf kepada Tunku Abdul Rahman, menunjukkan sokongannya terhadap penggabungan itu.

Bagi beliau, Brunei sebagai negara kecil, masih memerlukan perlindungan negara yang lebih besar; satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menggabungkan dengan Malaya dan seluruh negara. Pandangan ini juga dikongsi oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pada masa itu.

Pemberontakan sunting

PRB, termasuk pemimpinnya, A.M. Azahari menentang penggabungan itu. Menurut mereka, jika Brunei menyertai Persekutuan, Brunei tidak akan mencapai kemerdekaan sepenuhnya. Sebaliknya, ia hanya pemindahan kuasa dari Britain ke Tanah Melayu. Ini dipanggil sebagai neo-kolonisasi. Pada 8 Disember 1962, PRB mengetuai pemberontakan terhadap kerajaan. Dengan bantuan tentera British yang ditugaskan dari Singapura, pemberontakan itu kemudiannya dihancurkan dan PRB dikalahkan.

Semasa pemberontakan, Azahari berada di Filipina dalam perjalanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencadangkan satu lagi persekutuan yang dipanggil Persekutuan Borneo Utara, yang akan merangkumi Brunei, Borneo Utara dan Sarawak, dengan Brunei sebagai ibu negara de facto.

Pendirian Brunei mengenai isu menyertai Malaysia sunting

Selepas pemberontakan, perbincangan masih berlangsung. Omar Ali Saifuddien menghantar delegasi untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penyatuan Solidariti Malaysia (MSCC). Pandangan rakyat juga dicari oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Marsal Maun, Ketua Menteri pada masa itu.

Pandangannya berbeza-beza, ada yang menyokong Brunei menyertai Malaysia, ada yang menentang dan ada yang menginginkan Sultan membuat keputusan.

Pada tahun 1963, satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan prospek Brunei menyertai Malaysia. Mereka gagal mencapai persetujuan mengenai isu-isu pendapatan minyak Brunei dan hak persekutuan untuk cukai. Sultan juga enggan menerima bahawa beliau telah disenaraikan sebagai ahli paling junior yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Malah, ketika itu YDPA Malaysia pada masa itu sedang menunggu untuk menamatkan tempohnya.

Malah tarikh awal untuk persekutuan (yang pada 31 Ogos 1963) ditangguhkan hingga 16 September, tidak ada kesepakatan yang dicapai antara kedua belah pihak. Akhirnya, Persekutuan Malaysia dibentuk tanpa Brunei.

Kemerdekaan dan lindung sunting

Tatkala Brunei mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984, baginda dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan dikurniakan pangkat Jeneral dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pada 7 September 1986, baginda lindung beberapa minggu sebelum Puja Usia ke-72. Layuan baginda kemudiannya dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, bersebelahan dengan pusara isteri baginda Raja Isteri Pengiran Anak Damit, paduka ayahanda baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam II, paduka nenda baginda Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan juga paduka kekanda baginda, Sultan Ahmad Tajuddin, yang merupakan sultan sebelum baginda.

Garis masa sunting

Tahun Peristiwa
1947 Diarak menjadi Pengiran Bendahara.
1950 Baginda naik takhta.
1951 Menunaikan Fardhu Haji kali pertama, mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat, lagu kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’ diakui secara rasmi.
1953 Mengemukakan cadangan bagi Perlembagaan Bertulis Brunei, Sekolah Inggeris ditubuhkan, pembinaan Masjid Besar Omar Ali Saifuddin di Bandar Brunei yang siap pada Tahun 1958, menerima Bintang Kebesaran daripada Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’.
1955 Mengemukakan Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun pertama.
1957 Radio Brunei memulakan penyiaran.
1959 Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan operasi cari gali minyak di luar pantai, menandatangani Perlembagaan Bertulis Brunei di Lapau, Bandar Brunei.
1961 menubuhkan Pasukan Askar Melayu Brunei yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.
1962 Menunaikan Fardhu Haji kali kedua, pemberontakan meletus di Brunei.
1963 Memutuskan Brunei untuk tidak bergabung/menyertai Persekutuan Malaysia.
1967 Brunei mengeluarkan mata wang sendiri, turun dari takhta(33 kali berangkat ke luar negeri dari 1951 - 1967) dan digantikan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
1986 Baginda yang juga bergelar Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien telah kembali ke rahmatullah.

Anakanda sunting

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakandanya Cucundanya
Tarikh Pasangan
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah 15 Julai 1946 28 Julai 1965 Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah YAM Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah binti YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim
YAM Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah binti YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim
YAM Pengiran Anak Abdul Raqiib bin YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim
YAM Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim
YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah Tiada
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim
YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman
YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah
YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah YAM Pengiran Anak Muhammad Za'eem bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini
YAM Pengiran Anak Muhammad 'Aamir bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini
YAM Pengiran Anak 'Abdul Hakeem bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini
YAM Pengiran Anak Abdul Aleem bin Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik YAM Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah
YAM Pengiran Anak Fatihyyah Rafaahul Bolqiah
YAM Pengiran Anak Khaalishah Mishbaahul Bolqiah
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah 27 Ogos 1947 9 Julai 1970 YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah YM Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin
YM Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin
YAM Pengiran Muda Abdul Qawi YM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra
YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah
YAM Pengiran Muda Dr. Abdul Fattaah
YAM Pengiran Muda 'Abdul Mu'min
YAM Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah
YAM Pengiran Muda Omar Ali
YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah
YAM Pengiran Anak Naafi'ah Khairul Bulqiah
YAM Pengiran Muda Abdul Muqtadir
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 6 September 1948 19 September 1965
Telah bercerai
YAM Pengiran Anak Abdul Rahman ibni YAM Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permusaira Pengiran Muda Haji Muhammad Hashim Tiada
6 November 1969
bersamaan
25 Syaaban 1389
YAM Pengiran Leila Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar YAM Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah
YAM Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar YM Pengiran Nur Aabidah Syifa
YM Pengiran Nur Aleeyah Syifa
YM Pengiran Aazzeezah Syifa
YM Pengiran Aseesah
YAM Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier Bolkiah YAM Pengiran Anak Abdul Muta ali Haziq Hamidullah Bolkiah
YAM Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaidah Bolkiah
YAM Pengiran Anak Alisha Husnara Jaidah Bolkiah
YAM Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah YM Awangku Mohammed Ashraf As-Seddiq bin Haji Abdul Yusrin
YM Dayangku Hajah Aasiyah Rabiatu Masna binti Haji Abdul Yusrin
YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus Bolkiah YM Pengiran Abdul Musawwir Sanaullah
YM Pengiran Hawaadah Baseema Hibbatullah Bolkiah
YM Pengiran Awwabah Husna Munawwarah
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain 14 Mei 1950 18 Ogos 1967 YAM Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd Yusof ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam YAM Pengiran Anak Haji Abdul Hadi Bolkiah
YAM Pengiran Anak Haji Abdul Jabbar Bolkiah
YAM Pengiran Anak Haji 'Abdul Kadir Bolkiah YM Pengiran Hurmah Raihanah Al-Mudiyah
YM Pengiran Jaja Raihanah Al-Mudiyah
YM Pengiran Siti Khatijah Al-'Afeefah
YAM Pengiran Anak Hurma Raihaanata'ul-Bolkiah
YAM Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah Bolkiah YM Pengiran Syaheerah binti Pengiran Muhammad Izzul-Hazrin
YM Pengiran Syareef bin Pengiran Muhammad Izzul-Hazrin
YAM Pengiran Anak Hajah Siti Khadijah Bolkiah
YAM Pengiran Anak Wahidah Widadul Bolqiah
YAM Pengiran Anak Hafiyyah Bolkiah
DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah 31 Julai 1951 14 Julai 1971
Bercerai pada tahun 1981
YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Salma binti Pengiran Anak Muhammad Salleh YAM Pengiran Anak Kamilah Bulqiah
YAM Pengiran Muda Muhammad Safiz
YAM Pengiran Anak Muhdiyatul Bulqiah
20 Februari 1982 Dayang Hajah Siti Ruhaizah binti Ibrahim YAM Pengiran Anak Hamlatul Arsy Mulia Bulqiah
11 Februari 1987 Bercerai pada 20 Disember 2003 Hajah Mazuin binti Hamzah YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah
YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah
YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq
1999 YAM Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir YAM Pengiran Muda 'Abdul Aleem
YAM Pengiran Anak 'Aliiyah Amalul Bulqiah
YAM Pengiran Anak 'Aizzatul Bulqiah
DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah 6 November 1954 31 Ogos 1972 YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati binti Al-Marhum Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abdul Rahman YAM Pengiran Muda Abdul Hakeem YAM Pengiran Anak Abdul Halim Ar-Rahman
YAM Pengiran Muda Abu Bahar
YAM Pengiran Anak Hamidah Jamalul Bolkiah YAM Pengiran Anak Abdul Muta ali Haziq Hamidullah Bolkiah bin YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ali-Yil Kabir
YAM Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaidah Bolkiah binti YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ali-Yil Kabir
YAM Pengiran Anak Alisha Husnara Jaidah Bolkiah binti YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ali-Yil Kabir
YM Puan Fatimah binti Abdullah(née Evangeline Teodoro del Rosario) Awang Badi del Rosario
Dayang Karraminah Clarisse del Rosario
Dayang Samantha Richelle del Rosario
1995 Bercerai pada tahun 2001 Puan Ayen Munji YAM Pengiran Muda Hassan [Kiko] Bolkiah
YM Puan Dayang Jefrida binti Mohammed Louis YAM Pengiran Muda Abdul Faiq Bolkiah
2003 YM Puan Salma binti Abdullah YM Awang Jefri [Kiko] Bolkiah, Jr.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam 17 Februari 1956 16 Disember 1972 YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Al-Marhum Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar YAM Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah YM Pengiran Nur Saamiya Aseela
YAM Pengiran Anak Hajah Huda Bahaaul Bulqiah YM Pengiran Muhammad Hasbul Qahhar bin Pengiran Haji Muhammad Suhaimi
YM Pengiran Hassya Inarah binti Pengiran Muhammad Suhaimi
YAM Pengiran Anak Haji 'Abdul Nafee' YM Pengiran Ri'aayah Is'aad
YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar
YAM Pengiran Anak Haji Abdul Muiz
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah 8 April 1957 10 Januari 1974 YAM Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Tahiruddin bin Pengiran Muda Safiuddin YAM Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah
YAM Pengiran Anak Abdul Mun'im
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah 26 Oktober 1960 19 Julai 1979 YAM Pengiran Kerma Raja Pengiran Anak Haji Kamarulzaman bin Pengiran Pekerma Setia Diraja Pengiran Haji Muhammad Ali YAM Pengiran Anak Abdul Badee' YM Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer
YAM Pengiran Anak Abdul Rashid
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah 7 Ogos 1963 4 Oktober 1980 Al-Marhum YAM Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir bin Al-Marhum Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Haji Kamaluddin Al-Haj YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni'matullah Athirah
YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Munjiatul Athirah
YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz
YAM Pengiran Anak Muhammad 'Abdul Qayyum
YAM Pengiran Anak Muhammad 'Abdul Razaaq

Keturunan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ YB Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr) Awang Haji Mohd. Jamil Al-Sufri (30 Januari 1974). "Rengkasan Sejarah Brunei" (PDF). Pelita Brunei. m/s. 2. Dicapai pada 17 April 2018.

Bacaan lanjut sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
19501967
Penyandang Kemudian
Ahmad Tajuddin Hassanal Bolkiah