Sultan Ibrahim Shah, Selangor
Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1778 hingga 1826[1].
Sultan Ibrahim Shah إبراهيم | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paduka Seri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Selangor Ke II | |||||||||||||
Sultan Selangor II ke 02 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1782 – 27 Oktober 1826 | ||||||||||||
Kemahkotaan | 1728 | ||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Salahuddin Shah | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Muhammad Shah | ||||||||||||
Pemangku raja | Raja Muda Nallar | ||||||||||||
Raja Muda Selangor I ke 01 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1743 - 1782 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | jawatan baru | ||||||||||||
Diikuti oleh | Raja Muda Hajji Nallar Raja Lumu | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | Raja Ibrahim bin Raja Lumu s. 1736 Selangor | ||||||||||||
Kemangkatan | 27 Oktober 1826 (umur 89–90) Kuala Selangor, Selangor | ||||||||||||
Pemakaman | Bukit Melawati, Mukim Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor | ||||||||||||
Pasangan |
| ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Diraja Bugis Luwu | ||||||||||||
Wangsa | Opu Daeng Chelak | ||||||||||||
Ayahanda | Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak | ||||||||||||
Bonda | Engku Puan malaop binti Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah, Riau (Kesultanan Asahan) | ||||||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan |
Kehidupan awal
suntingSetelah kemangkatan ayahandanya, Raja Ibrahim yang merupakan putera sulung Sultan Salehuddin telah ditabalkan oleh bapa saudaranya iaitu Raja Haji sebagai Sultan Selangor yang kedua, manakala adindanya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda Selangor dan dua orang adindanya yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani dan berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang luas melalui percampurannya semasa di zaman kanak-kanak lagi. Baginda sering mengikut ayahandanya dalam setiap lawatan dan peperangan seperti ke Riau, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. [2]
Penglibatan perang dengan Belanda
suntingPeperangan antara orang Bugis dengan Belanda sentiasa berlaku sejak tahun 1740-an lagi. Api peperangan terus menyala pada 4 Januari 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji kerana dibunuh oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang dan digelar Marhum Ketapang.
Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dengan persengketaan antara Belanda dan Johor. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, baginda telah membina dua buah kota, Kota Batu di atas Bukit Selangor dan Kota Tanah di atas Bukit Tanjung.[3]
Pada 13 Julai 1784, Belanda menyerang Kuala Selangor bersama Raja Muhammad Ali, Siak, dengan satu angkatan perang yang mengandungi 11 buah kapal dan beberapa buah perahu. Satu pertempuran telah berlaku di antara angkatan Belanda yang telah memasuki Sungai Selangor dengan pasukan pertahanan dari Kota Batu itu diketuai oleh Sayyid Jaafar. Hampir dua minggu lamanya berperang, akhirnya Belanda berjaya menawannya pada 2 Ogos 1784.
Tentera Belanda yang berjaya menawan kubu yang dibina oleh Sultan Ibrahim di Bukit Malawati telah menukar nama kubu tersebut kepada Fort Altingsburg sempena nama Gabenor Jenderal Belanda di Betawi dan Kota Tanah di Bukit Tanjung pula ditukarkan kepada nama Fort Utrecht iaitu sempena nama salah sebuah kapal Belanda yang digunakan dalam peperangan.
Belanda kemudiannya menabalkan Raja Muhammad Ali memangku jawatan Sultan Selangor dengan dibantu oleh anak saudaranya Sayyid Ali yang kedua-duanya dari Siak. Belanda telah menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada rakyat Selangor yang terdiri dari Melayu dan Bugis tetapi gagal memujuk pembesar Selangor untuk mengiktiraf Raja Muhammad Ali sebagai Yang di-Pertuan Selangor. Mereka juga enggan menjalankan perniagaan bijih timah dengan Belanda selagi Belanda tidak merajakan semula Sultan Selangor yang sebenarnya. Raja Muhammad Ali dikatakan telah merampas harta benda orang-orang di Kuala Selangor lalu membawanya pulang ke Siak dan meninggalkan Sayyid Ali di Selangor.[4]
Kegagalan Sultan Ibrahim mempertahankan Kuala Selangor telah menyebabkan baginda, Raja Nala,Sayyid Jaafar dan keluarga diraja Selangor berundur ke Bukit Raja di Pengkalan Permatang seberang Sungai Selangor yang merupakan perkampungan keluarga diraja Selangor. Dari situ kemudian Sultan Ibrahim mudik ke Ulu Selangor namun telah dikejar oleh Belanda. Kemudian baginda telah berundur pula hingga ke Sabak Bernam lalu terus ke Pahang untuk mendapatkan bantuan.
Di Pahang, Sultan Ibrahim telah berjaya mempengaruhi ketua pemerintah Pahang iaitu Bendahara Tun Habib Abdul Majid untuk menyediakan kelengkapan bagi membuat serangan ke Kuala Selangor yang dikuasai Belanda. Semasa di Pahang, baginda telah dikahwinkan oleh Bendahara Abdul Majid dengan puterinya Tun Selamah.
Pada pertengahan tahun 1785, Sultan Ibrahim dengan orang Melayu Pahang seramai 2,000 orang telah mendarat di Tiram Burok, kemudian mereka telah berkubu di Bukit Raja, Permatang. Dari situlah, dengan bantuan Penggawa Permatang satu serangan pun dilancarkan ke Bukit Selangor dan Bukit Tanjung. Pada 27 Jun 1785, pada waktu malam, askar-askar Sultan Ibrahim yang datang dari Pahang bersama-sama dengan askar Penggawa Permatang telah menyerang orang-orang Belanda secara mengejut. Satu pertempuran hebat telah berlaku dalam suasana kegelapan malam. Esok paginya, pada 28 Jun 1785 orang Belanda telah tergopoh-gapah mengundurkan diri dengan menaiki kapal mereka meninggalkan Kuala Selangor dan kembali ke Melaka. Banyak meriam dan ubat bedil yang ditinggalkan oleh mereka tanpa sempat diambil. Sejak itu Sultan Ibrahim telah menduduki semula takhta kerajaan negeri Selangor dan bersemayam di Bukit Selangor yang kini dikenali sebagai Bukit Malawati.
Tidak lama selepas itu, dalam bulan Julai 1875, pemerintah Belanda di Melaka telah menghantar sebuah angkatan tiga buah kapal besar serta 14 buah kapal kecil dan perahu untuk mengepung Kuala Selangor. Angkatan tersebut telah berlabuh di laut setentang dengan Kuala Sungai Selangor. Sejak itu beras dan barang-barang makanan di Selangor telah menjadi mahal dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat Kuala Selangor. Perniagaan antara orang Selangor dan orang Melaka telah terhenti. Setelah lebih kurang setahun lamanya, akhirnya Sultan Ibrahim dan Belanda sama-sama bersetuju untuk berdamai.
Pada 29 Jun 1786, Sultan Ibrahim dan Belanda telah menandatangani surat perjanjian damai, yang mana dalam syarat perjanjian itu disebutkan bahawa Selangor akan menjual timahnya kepada orang Belanda di Melaka.[5]
Pemakaman
suntingBaginda telah dimakamkan di Bukit Malawati, Kuala Selangor.[6]
Rujukan
sunting- J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
- Yusoff Hassan (2012). Sejarah Kuala Selangor. ST Media Resources. ISBN 9834035808.
- Buyong Adil (2019). Sejarah Selangor (Edisi Semakan Cetakan Pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834922832.
Nota kaki
sunting- ^ J.M Gullick, 2004, ms 225
- ^ Yusoff Hassan, 2012, ms 31
- ^ Yusoff Hassan, 2012, ms 32
- ^ Yusoff Hassan, 2012, ms 36
- ^ Buyong Adil, ms 36
- ^ [http:http://artmelayu.blogspot.com/2010/06/makam-diraja-royal-mausoleum-of.html "Makam Diraja Selangor, Bukit Melawati"] Check
|url=
value (bantuan). Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2010. Dicapai pada 1 Disember 2010.
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1778 – 1826 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Salahuddin Shah | Sultan Muhammad Shah |