Ramathipadi I (Khmer: រាមាធិបតីទី១; 1614 – 1659), juga dikenali sebagai Ponhea Chan (Khmer: ពញាចន្ទ pronounced [pʰɲiə.cɑn]), Cau Bana Cand, Botum Reachea I atau Sultan Ibrahim (Jawi: سلطان إبراهيم , អ៊ីប្រាហ៊ីម), menaiki takhta dari 1642 hingga 1658, ialah Raja Kemboja pertama dan satu-satunya yang memeluk Islam. Ramathipadi I ialah anak ke-tiga kepada Chey Chettha II.

Ramathipadi I
Sultan Ibrahim
سلطان إبراهيم
Raja Kemboja
Pemerintahan1642–1658
Didahului olehBatom Reachea (Ang Non I)
Diikuti olehBarom Reachea V
Keputeraan1614
Kemangkatan1659 (berumur 44–45)
PasanganNeak Moneang Kapah Pau (seorang Melayu)
AnakandaPuteri Dav Kshatriyi
Nama penuh
Ramathipadi I
Sultan Ibrahim
KerabatWangsa Trasak Paem
AyahandaChey Chettha II
BondaNeak Moneang Pussa (dari Lan Xang)
AgamaSebelumnya Buddhisme,
memeluk Islam selepas menaiki takhta

Biografi sunting

Pewarisan takhta dan pemelukan Islam sunting

Selepas kemangkatan Raja Ang Tong Reachea pada 1640, bapa saudaranya Barom Reachea menempatkan anaknya sendiri di atas tahta sebagai Batum Reachea I (Ang Non I). Dengan pertolongan pedagang Muslim Melayu, di mana sekurang-kurangnya dua orang dari empat panglimanya adalah orang Melayu yang bernama Teja Mas dan Teja Mum,[1] dan sokongan ratu Vietnam Ngoc Van, Ponhea Chan membunuh sepupunya Ang Non I dan bapa saudaranya Barom Reachea pada 1642, dan menaiki takhta sebagai Botum Reachea I.

Baginda memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Ibrahim. Ramathipadi I kuat dipengaruhi dengan kehidupaan dan amalan masyarakat pedagang Melayu Muslim. Semasa pemerintahannya, Phnom Penh masih menjadi sebuah tempat yang menguntungkan: pedagang datang dari pelbagai kawasan, orang Kristian Jepun ditemui berlindung di Kemboja, begitu juga orang tanah besar China yang bertambah dari ketibaan pengikut Dinasti Ming selepas kejatuhan dinasti itu pada 1644, yang kemudiannya membentuk masyarakat asing terbesar di Kemboja. Pada 1630-an, Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) menubuhkan pejabat di Phnom Penh, bertujuan utama untuk urusan jual beli kulit rusa; Ketua gabenor ketika itu ialah Anthony van Diemen.[2] Walau bagaimanapun, ketegangan meningkat dalam kalangan kumpulan yang mewakili pelbagai kepentingan: Belanda, Portugis, dan Melayu. Ramathipadi merancang untuk mengusir SHTB. Pada 1643, Perang Belanda–Kemboja berlaku.[3] Perang berakhir dengan Duta SHTB, Pierre de Rogemortes dibunuh[1] dan selebihnya dipenjara, menurut sumber Belanda, atas hasutan daripada pesaingnya Portugis.[perlu rujukan]

Penggulingan sunting

Bagaimanapun, kebanyakan orang Kemboja ialah penganut Buddha dan mahu menurunkan takhta Ramathipadi, dan meminta bantuan daripada pembesar Nguyen dari Vietnam. Pada 1658, Raja Narai dari Siam bersedia untuk menyerang Kemboja dari barat, meyakinkan Ang So untuk mengetuai penentangan dari Timur menentang Ramathipadi I.

Pada 1658, tentera Vietnam menyerang Kemboja, menahan dan memenjara baginda[4] di Quảng Bình. Baginda mangkat pada tahun berikutnya[5]dan diberikan pengebumian diraja menurut tradisi Khmer di Bray Nagar.[1]

Rentetan sunting

Selepas kemangkatannya, tiga orang anaknya berlindung di Siam. Tahun-tahun berikutnya berlaku konflik yang hampir tidak henti apabila politik istana dipecahkan antara mereka yang dikaitkan dengan Ayutthaya dan mereka yang pro-Vietnam, manakala kestabilan negara terus terjejas disebabkan pencerobohan Nguyen yang lain pada tahun 1673.[6]

Politik sunting

Perkembangan pengaruh Vietnam ke atas Kemboja sunting

Semasa pemerintahan Ramathipadi I, pengaruh Vietnam berkembang malah lebih mbesar dalam politik Kemboja dan antara faktor ketidakstabilan yang lain. Nguyễn Phúc Ngọc Vạn, isteri ayahandanya, yang pada mulanya menyokong penaikan takhtanya, mahukan kedudukannya sebagai "bonda ratu" dengan mempunyai istana sendiri. Phúc Ngọc Vạn berterusan mematahkan usaha perancangan Khmer untuk mendapatkan semula Prei Nokor, dan Kampong Krabei. Baginda juga melindungi dua orang puteranya dengan Barom Reachea yang masih hidup, Ang So dan Ang Tan. Pedagang Vietnam menjadi semakin aktif di Kemboja ketika itu, terutamanya membeli beras yang diperlukan untuk membekalkan penduduk mereka di antara tembok di sempadan utara.[7]

Legasi sunting

Di Kemboja hari ini, Ramathipadi I menjadi tokoh penting dalam kalangan masyarakat Cham di Kemboja, yang beliau cadangkan sebuah hubungan antara Cham dan Khmer, walaupun ramai orang tidak menyedarinya.[8]

Historiografi sunting

Kehidupan Ramathipadi I secara asanya diketahui daripada tiga sumber yang berbeza: Catatan Sejarah Diraja Kemboja, catatan diari pedagang Belanda, dan laporan mubaligh Perancis.

Catatan Sejarah Diraja Kemboja dari 1594 hingga 1677 disunting dan diterbitkan oleh Mak Phoeun pada 1981 dengan sokongan Sekolah Perancis Timur Jauh, tetapi sejarawan seperti Michael Vickery atau Sok Khin[9] mengkritik ketepatannya.

Bagi tempoh termasuk dalam pemerintahan Ramathipadi I, terdapat juga sumber Belanda, yang semuanya berasaskan daripada laporan oleh pegawai SHTB, walaupun terdapat jurang mengenai Kemboja disebabkan tempoh larangan berdagang sementara dengan Kemboja disusuli pembunuhan 1643 dan kegagalan misi balas pada 1644.[10]

Mubaligh Perancis menyebut Ramathipadi I dan pemelukannya ke dalam Islam dalam laporan mereka dari 1682 hingga 1685.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Sultan Ibrahim dalam Perang Kemboja-Belanda 1643-1644 | TheHistorianLodge" (dalam bahasa Inggeris). 2016-09-24. Dicapai pada 2023-12-11.
  2. ^ Andaya, Barbara Watson; Andaya, Leonard Y. (2015-02-19). A History of Early Modern Southeast Asia, 1400-1830 (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 226. ISBN 978-0-521-88992-6.
  3. ^ Kiernan 2008, p. 157.
  4. ^ Kiernan 2008, p. 158.
  5. ^ Chandler, David P. (2008). A history of Cambodia (ed. 4th). Westview Press. m/s. 105. ISBN 978-0813343631.
  6. ^ Kiernan 2008, p. 157.
  7. ^ Taylor, K. W. (2013-05-09). A History of the Vietnamese (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 304. ISBN 978-1-107-24435-1.
  8. ^ Osman, Mohamed Nawab Mohamed (2017-06-19). Islam And Peacebuilding In The Asia-pacific (dalam bahasa Inggeris). World Scientific. m/s. 12. ISBN 978-981-4749-83-1.
  9. ^ Khin, Sok (1986). "Quelques réflexions sur la valeur historique des chroniques royales du Cambodge". Bulletin de l'École française d'Extrême-Orient. 75 (1): 197–214. doi:10.3406/befeo.1986.1705.
  10. ^ Kersten, Carool (2006). "Cambodia's Muslim King: Khmer and Dutch Sources on the Conversion of Reameathipadei I, 1642-1658". Journal of Southeast Asian Studies. 37 (1): 1–22. doi:10.1017/S0022463405000408. ISSN 0022-4634. JSTOR 20072683. S2CID 162730366.
  11. ^ Launay, Adrien. Histoire de la mission de Cochinchine, 1658-1823 : documents historiques des Archives des Missions étrangères. ISBN 2-914402-00-7. OCLC 48265959.

Bibliografi sunting

Ramathipadi I
Wangsa Varman
Tarikh keputeraan: 1614 Tarikh kemangkatan: 1659
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Batom Reachea
Raja Kemboja
1642–1658
Diikuti oleh:
Barom Reachea V

Templat:Raja Kemboja