Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV

Sultan Kelantan

Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV atau Tengku Ibrahim Ibni Long Senik diputerakan pada 9 Oktober 1897 di Istana Balai Besar, Kota Bharu merupakan putera kedua Tuan Long Senik (Sultan Muhammad IV) dan Sultanah Zainab. Dianugerahkan gelaran Tengku Sri Indra Mahkota Kelantan oleh ayahandanya pada 22 Jun 1911. Baginda bertugas sebagai Timbalan Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian mewakili kekandanya di Singapura pada tahun 1942. Sultan Ibrahim menaiki takhta Kelantan pada 21 Jun 1944 selepas kemangkatan kekanda baginda Sultan Ismail yang tidak berputera dan dimahkotakan secara rasmi di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 31 Oktober 1944. Pada tahun 1953, Sultan Ibrahim berangkat menghadiri pertabalan Queen Elizabeth II di mana baginda menjadi terkenal kerana berkongsi kereta kuda dalam hujan dengan Queen Sālote Tupou III dari Tonga.

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV
Pemerintahan 21 Jun 1944 - 9 Julai 1960
Pendahulu Sultan Ismail
Pengganti Sultan Yahya Petra
Raja Muda Tengku Yahya Petra
Pasangan Raja Perempuan Zainab binti Tengku Zainal Abidin (k. 1914)
Tengku Yah binti Tengku Long Sulaiman (k. 1915; c. 1929)
Cik Embong binti Daud (k. 1916; m. 1960)
Cik Siti
Cik Safiah
Cik Habiba
Anakanda
Tengku Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Indera Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Zainal Mulok ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Feissal ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Badrul Alam ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Abdul Halim ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Rustam ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Shibli Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Nizam ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Shariman ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Aman Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Thuraya binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Wuk binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Zubaida binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Nurul Aini binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Mastura binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Mariam binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Petri binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Faridah binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Rashida binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Anis binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Maznah binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Latifah Hanam binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Farida Hanim binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Tengku Fatihah binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Nama penuh
Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV
Tempat persemayaman Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan
Ayahanda Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III
Bonda Sultanah Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin
Keputeraan (1897-10-09)9 Oktober 1897
Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 9 Julai 1960(1960-07-09) (umur 62)
Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan, Malaya
Dimakamkan 10 Julai 1960
Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya
Agama Islam

Baginda mempunyai 6 isteri dan mempunyai 13 putera dan 14 puteri. Baginda mangkat pada 9 Julai 1960 di Istana Seri Cemerlang, Kota Bahru, pada umur 62 setelah memerintah selama 16 tahun dan diganti oleh anakanda ketiga baginda (tetapi putera sulung daripada perkahwinan ketiganya merangkap perwaris takhta yang dilantik), Sultan Yahya Petra.

Keluarga sunting

Keturunan baginda dengan beberapa orang isteri dikurniakan 13 putera dan 14 puteri[1] seperti berikut:

  • Tengku Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (mangkat waktu muda)
  • Tengku Tan Sri Indra Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Besar Indra Raja)
    • Tengku Elani binti Tengku Indra Petra
    • Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra
    • Tengku Ishan Petra bin Tengku Indra Petra
    • Tengku Imran Petra bin Tengku Indra Petra
    • Tengku Idris Petra bin Tengku Indra Petra
    • Tengku Ikram Petra bin Tengku Indra Petra
  • Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Sultan Kelantan)
  • Tengku Zainal Mulok ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Temenggong Kelantan)
    • Tengku Hanasiah binti Tengku Zainal Mulok
    • Tengku Roziah binti Tengku Zainal Mulok
    • Tengku Naziah binti Tengku Zainal Mulok
    • Dato' Tengku Adida binti Tengku Zainal Mulok
    • Tengku Elida binti Tengku Zainal Mulok
  • Tengku Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan)
    • Tengku Alauddin Shah bin Tengku Iskandar Shah
    • Tengku Amiruddin Shah bin Tengku Iskandar Shah
  • Dato’ Tengku Feissal ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Kaya Perkasa)
    • Dato' Dr Tengku Muhammad Faziharudean bin Dato’ Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa)
    • Dato' Tengku Ibrahim Farihaddin bin Dato’ Tengku Feissal
    • Tengku Ismail Fadhil bin Dato’ Tengku Feissal
    • Dato’ Tengku Fatimah Ainura binti Dato’ Tengku Feissal
    • Tengku Farini Amalina binti Dato’ Tengku Feissal
    • Tengku Farah Aliza binti Dato’ Tengku Feissal
    • Tengku Faireen Sadira binti Dato’ Tengku Feissal
  • Tengku Badrul Alam ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Abdul Halim ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan)
    • Tengku Ariez Hazaril bin Tengku Abdul Halim
    • Tengku Adyl Hazraque bin Tengku Abdul Halim
    • Tengku Aressa Helanie binti Tengku Abdul Halim
  • Tengku Rustam ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Shibli Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Nizam ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Shariman ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Aman Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Thuraya binti al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Puan Bendahara Selangor)
    • Tengku Dato’ Setia Putra al-Haj bin Tengku Dato’ Azman Shah al-Haj (Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor)
    • Tengku Nazri bin Tengku Dato’ Azman Shah al-Haj
    • Tengku Shamsulbhari bin Tengku Dato’ Azman Shah al-Haj
    • Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi bin Tengku Dato’ Azman Shah al-Haj
    • Tengku Putri Insani binti Tengku Dato’ Azman Shah al-Haj
    • Tengku Putri Saidatul Aini binti Tengku Dato’ Azman Shah al-Haj
  • Tengku Wuk binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Zubaida binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Nurul Aini [Norani] binti al-Marhum Sultan Ibrahim
    • Tengku Ahmad Bashiruddin bin Tengku Muhammad Khalid
  • Tengku Mastura binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Mariam binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Petri binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Dato’ Tengku Faridah binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Rashida binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Anis binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Maznah binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Latifah Hanam binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Farida Hanim binti al-Marhum Sultan Ibrahim
  • Dato’ Tengku Hajjah Fatihah binti al-Marhum Sultan Ibrahim

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1944 – 1960
Penyandang Kemudian
Sultan Ismail I Sultan Yahya Petra