Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah (Jawi: سلطان إدريس إسكندر المتوقكيل على الله عفيف الله شاه إبن المرحوم سلطان إسكندر شاه قدس الله ; 17 Ogos 1924 - 31 Januari 1984) ialah Sultan Perak ke-33 yang memerintah selama 21 tahun antara 5 Januari 1963 hingga 31 Januari 1984.
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah | |
---|---|
![]() | |
Sultan Perak ke-XXXIII | |
Pemerintahan | 5 Januari 1963 - 31 Januari 1984 |
Pendahulu | Sultan Yussuff Izzuddin Shah |
Pengganti | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
Raja Muda | Raja Azlan Shah |
Pasangan | Raja Noor Izah binti Raja Ali (k. 1944; c. 1956) Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (k. 1951; m 2011) Che Asmah (c.) Che Puan Hanizah Che Puan Aminah (k. 1960; 1984) Sharifah Salmah binti Syed Ahmad (k. 1963) Che Satira binti Abdullah (k. 1968; m 2011) Norizan binti Hamzah (m. 2006) |
Anakanda | |
Raja Yussuff Izzuddin Iskandar Shah (Raja Kechil Besar Perak) dilucutkan gelaran berikutan pengisytiharan muflis 25 November 2006 Raja Iskandar Zulkarnain (Raja Di-Hilir Perak) Raja Shahruzzaman Raja Alang Iskandar Raja Jamil Ariffin Raja Ahmaddin Razman Raja Shaharuddin Rashid Raja Nazhatul Shima (Raja Puan Besar Perak) Raja Halimatun Shahrin Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Johor) Raja Radziatul Zahar (mangkat ketika bayi) Raja Juliana Rafeah Raja Saidatul Mardiah Raja Shuib | |
Nama penuh | |
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah | |
Tempat persemayaman | Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak |
Ayahanda | Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah |
Bonda | Raja Puteh Umi Kalsom binti al-Marhum Raja Kulop Muhammad Kramat |
Keputeraan | Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya | 17 Ogos 1924
Kemangkatan | 31 Januari 1984 Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak, Malaysia | (umur 59)
Dimakamkan | 3 Februari 1984 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia |
Agama | Islam |
Riwayat awal Sunting
Raja Idris Shah II diputerakan pada 17 Ogos 1924. ialah putera kedua ayahanda kepada Sultan Iskandar Shah dan bonda kepada Raja Puteh Umi Kalsom binti al-Marhum Raja Kulop Muhammad Kramat. Kekanda sulungnya meninggal dunia ketika hanya berusia 40 hari.[1]
Pada 3 Januari 1931, Idris menyertai Sekolah Melayu Bukit Chandan dan kemudiannya pada 1932, bersekolah di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. Beliau dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak pada tahun 1934 ketika berumur 10 tahun untuk menggantikan Raja Chulan. Pada 17 Oktober 1938, Raja Idris dilantik sebagai Raja Bendahara Perak. Ketika itu, Sultan Perak ialah Sultan Abdul Aziz.
Raja Idris melanjutkan pendidikannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 12 Disember 1938 tetapi pelajarannya terganggu apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 semasa Perang Dunia II. Beliau menyertai pasukan Giyutai, sebuah pasukan pertahanan yang ditaja oleh tentera Jepun tetapi secara sulit, berhubung dengan pasukan gerila Force 136 yang dipimpin oleh Kolonel Dobree untuk menentangnya.
Pada tahun 1943 semasa pendudukan Jepun, Raja Idris berkahwin dengan Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah dan dikurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Salah seorang daripada puterinya adalah Raja Zarith Sofia, isteri kepada Sultan Johor pada masa ini, iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Raja Idris Shah bertugas di Pejabat Tanah, Kuala Kangsar sebagai Penolong Pemungut Cukai Hasil Tanah antara tahun-tahun 1943 - 1945, dan seterusnya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Apabila Sultan Abdul Aziz mangkat pada tahun 1948, Sultan Yussuf Izzuddin Shah dimasyhurkan menjadi Sultan Perak ke-32. Raja Idris dilantik sebagai Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan. Pada tahun 1949, beliau ke England untuk menyertai kursus Kerajaan Tempatan, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Agraria di Universiti London.
Sekembalinya ke Perak pada tahun 1951, Raja Idris menyertai pasukan Angkatan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan ditauliah pangkat Leftenan. Beliau turut menerima latihan ketenteraan di Port Dickson, bersama-sama pasukan Askar Melayu dan kemudiannya, dinaikkan pangkat menjadi Mejar. Raja Idris turut serta memberi semangat kepada seluruh rakyat di Hulu Perak agar tidak tertipu dengan dakyah komunis.
Naik takhta Sunting
Baginda dilantik sebagai pemangku Raja Perak antara tahun-tahun 1954 - 1956, saat kala Sultan Yussuff Izzuddin Shah berangkat ke England untuk mengunjungi seluruh Eropah. Pada 4 Januari 1963, Sultan Yussuff Izzuddin Shah mangkat di Bukit Chandan ketika berusia 72 tahun, dan Raja Idris, Raja Muda Perak, menjadi Sultan Perak pada 5 Januari 1963 ketika berusia 39 tahun, dengan gelaran Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah. Raja Muzwin ditabal sebagai Raja Perempuan Perak.
Sultan Idris amat minat akan muzik dan telah menghidupkan RIS Combo. Baginda minat juga akan memelihara pokok bunga, seni foto, sejarah negeri Perak dan sukan lumba kuda.
Pada 4 Ogos 1976, Sultan Idris merasmikan Kampung Ganda Temenggor, berikutan pembinaan Empangan Temenggor yang menenggelamkan kampung yang lama. Stesen Janakuasa Hidroelektrik Temenggor dirasmikan oleh Sultan Idris pada 19 September 1979. Pada tahun 1980, nama Sekolah Menengah Dato Maharaja Lela Kampung Gajah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela (SMDSML) semasa baginda mengunjungi Kampung Gajah.
Pada 11 Jun 1983, bot Seri Andalan, sebuah bot mewah milik Sultan Idris, dilancarkan di Pelabuhan Lumut, Perak. Dalam kebanyakan lawatannya, baginda mengenakan pakaian tentera berceloreng, dilengkapi dengan pistol di pinggang.
Kemangkatan Sunting
Tatkala Sultan Idris Shah II bakal dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan. Walau bagaimanapun ia telah ditakdirkan bahawa pada 31 Januari 1984, seminggu sebelum dipilih oleh semua raja-raja Melayu, baginda mangkat secara mengejut selepas mengalami serangan jantung di Hospital Angkatan Tentera pada jam 11:15 malam.
Jenazah berlangsung pada 3 Februari 1984 dan baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan berhampiran Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.
Baginda telah digantikan oleh anak saudara pertama sekali dikeluarkan, Raja Azlan Shah. Baginda bergelar Marhum Afifullah.
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Tarikh keputeraan: 17 Ogos 1924 Tarikh kemangkatan: 31 Januari 1984
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Yussuff Izzuddin Shah |
Sultan Perak 1963-1984 |
Diikuti oleh: Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
Legasi Sunting
Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh dan Jambatan Sultan Idris Shah II dalam Bota yang dinamakan sempena nama baginda.
Nota kaki Sunting
- ^ "Sultan Idris Iskandar Shah II". Sultan-Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 13 Januari 2010.