Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Sultan Terengganu
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin III Mu’azzam Shah
سلطان إسماعيل ناصر الدين شاه ابن المرحوم سلطان زين العابدين كتيݢ معظم شاه
Yang di-Pertuan Agong ke- 4
Raja Permaisuri Agong Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Hitam Omar
Negeri Terengganu
Keputeraan (1907-01-24)24 Januari 1907
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Mula jawatan 21 September 1965
Tamat jawatan 20 September 1970
Penyandang terdahulu Tuanku Syed Putra Jamalullail
Penyandang kemudian Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah (Jawi: سلطان إسماعيل ناصر الدين شاه ابن المرحوم سلطان حاج زين العابدين كتيݢ معظم شاه; 24 Januari 1907 – 20 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dan Sultan Terengganu yang ke-16.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Terengganu XVI
Pemerintahan 16 Disember 1945 – 20 September 1979
Pendahulu Sultan Ali Shah
Pengganti Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Raja Muda Tengku Mahmud
Pasangan Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Hitam Omar (k. 1944; b. 1979)
Anakanda
Tengku Wuk Fatima Sabariah
Tengku Zaharah Putri
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Tengku Abdul Malik Shah
Tengku Ibrahim Shah
Tengku Abdullah Sulaiman Shah
Tengku Zaleha Putri
Tengku Noor Azia Iman Putri
Tengku Zainah Putri
Tengku Maria Norshiah Putri
Tengku Ruqiya
Tengku Ramlah Azizah Putri
Nama penuh
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah
Tempat persemayaman Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu
Ayahanda Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad
Bonda Cik Maimunah binti Abdullah
Keputeraan (1907-01-24)24 Januari 1907
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Dimakamkan 21 September 1979
Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
Agama Islam Sunni

Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang ke-16 dan memerintah selama 34 tahun iaitu dari tahun 1945 hingga 1979.

Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu. Pada 15 November 1941, Baginda dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar dan dikurniakan sembilan orang putera puteri. Putera sulung baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu yang seterusnya.

Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu.

Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 21 September 1965 dan Baginda kembali ke memerintah Terengganu pada 20 September 1970. Baginda mangkat di Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu pada 20 September 1979.

Rujukan رجوكن sunting

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Lihat juga ليهت جوݢ sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu Penyandang Kemudian
Sultan Ali Shah Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah