Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim KBE CMG (28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981) merupakan Sultan Johor ke-23 (Sultan Johor Era Moden ke-4 daripada keturunan Temenggong) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan Seri Paduka Ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.
Sultan Ismail | |
---|---|
![]() | |
Sultan Johor Era Moden ke-III dan Sultan Johor yang ke-XXII | |
Pemerintahan | 8 Mei 1959 – 10 Mei 1981 |
Pendahulu | Sultan Ibrahim |
Pengganti | Sultan Iskandar |
Raja Muda | Tunku Mahmood Iskandar |
Pasangan | Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad (k. 1920; m. 1977) Sultanah Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad (k. 1977) |
Anakanda | |
Tunku Abdul Jalil Tunku Kalthum Maimunah Tunku Abdul Rahman Tunku Mahmood Iskandar Tunku Abdul Rahman Tunku Helen Tunku Tun Maimunah | |
Nama penuh | |
Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim | |
Tempat persemayaman | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor |
Ayahanda | Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah |
Bonda | Tunku Ampuan Maimunah binti Ungku Abdul Majid |
Keputeraan | Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 28 Oktober 1894
Kemangkatan | 10 Mei 1981 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor | (umur 86)
Dimakamkan | 11 Mei 1981 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Agama | Islam |
Gelaran hormat bagi Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim | |
![]() ![]() | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
KeluargaSunting
Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan:
- Sultanah Aminah binti Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1922.[1] Kemudian baginda sultanah mangkat pada 14 September 1977 akibat kemalangan jalanraya di Kulai pada bulan Ogos 1977. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan 3 puteri dimana beberapa daripadanya hidup sehingga dewasa:
- Tunku Abdul Jalil (1924-1925)
- Tunku Kalthum Maimunah (1927-1929)
- Tunku Abdul Rahman (1929-1932)
- Tunku Mahmood Iskandar (Sultan Johor) (1932-2010)[2][3]
- Tunku Abdul Rahman (Tunku Bendahara Johor) (1933-1989) [4]
- Tunku Helen (1937-1937)
- Tunku Tun Maimunah (Tunku Gedong) (1939-2012)[2]
- Sultanah Nora binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad merupakan kerabat diraja Kelantan yang telah berkahwin dengan Sultan Ismail pada 13 November 1977.[5]
MangkatSunting
Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas dimasukkan hospital itu kerana gering. Baginda digantikan oleh paduka anakandanya, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Ibrahim |
Sultan Johor ke-23 1959-1981 |
Diikuti oleh: Sultan Iskandar |
LegasiSunting
Sultan Ismail telah diabadikan namanya di beberapa tempat dan institusi seperti:
- Jalan Sultan Ismail (dahulu Treacher Road sehingga 2007) di Kuala Lumpur
- Jambatan Sultan Ismail Muar, Muar
- Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTSI dan juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Senai), Senai
- Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin[6]
- Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia
- Hospital Sultan Ismail, Taman Austin Perdana, Johor Bahru
- S.M.K. Sultan Ismail, Johor Bahru
- Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Nusajaya.
RujukanSunting
- ^ Morais (1969), m/s xxii
- ^ a b Johor15 diambil 6 Januari 2008
- ^ Morais (1965), m/s xxii
- ^ Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, Morais (1967), m/s xxii; Selamat Johor Tanda Kenangan
- ^ Morais (1979), m/s 67
- ^ Pengenalan Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, Laman Web Rasmi Perpustakaan Sultan Ismail, diambil 1 Februari 2009