Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Sultan Johor

Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur KBE CMG (28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981) merupakan Sultan Johor ke-23 (Sultan Johor Era Moden ke-3 daripada keturunan Temenggong) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan Seri Paduka Ayahandanya, Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.

Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim
Al-Masyhur
Sultan Johor Era Moden ke-III dan Sultan Johor yang ke-XXII
Pemerintahan 8 Mei 1959 – 10 Mei 1981
Pendahulu Sultan Ibrahim
Pengganti Sultan Iskandar
Raja Muda Tunku Mahmood Iskandar
Pasangan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad (k. 1920; m. 1977)
Sultanah Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad (k. 1977)
Anakanda
Tunku Abdul Jalil
Tunku Kalthum Maimunah
Tunku Abdul Rahman
Tunku Mahmood Iskandar
Tunku Abdul Rahman
Tunku Helen
Tunku Tun Maimunah
Nama penuh
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni
Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
Tempat persemayaman
Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Ayahanda Sultan Sir Ibrahim
Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Bonda Tunku Ampuan Maimunah binti Almarhum Ungku Abdul Majid
Keputeraan (1894-10-28)28 Oktober 1894
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Kemangkatan 10 Mei 1981(1981-05-10) (umur 86)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
Dimakamkan 11 Mei 1981
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Agama Islam
Gelaran hormat bagi
Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
سلطان إسماعيل إبن سلطان إبراهيم

Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
دولي يڠمها موليا
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
دولي يڠمها موليا
Gaya pilihan Tuanku
توانکو
Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Pendidikan sunting

Sultan Ismail telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Johor Bahru. Kemudian, baginda turut belajar bahasa Inggeris daripada seorang guru berbangsa Eropah. Ketika baginda berusia 10 tahun, baginda diiringi oleh kedua-dua paduka adinda, iaitu Tunku Aris Bendahara Abu Bakar dan Tunku Temenggong Ahmad serta lima orang sahabat baginda, iaitu Dato' Onn bin Dato' Ja'afar, Dato' Wan Idris bin Wan Ibrahim, Ismail bin Muhammadon, Abu Bakar bin Yahya, dan Ungku Sulaiman bin Ungku Mohd Khalid telah dihantar belajar ke England dengan menaiki kapal P&0 Liner Bengal. Di England, baginda dan paduka-paduka adinda telah bersekolah di Rose Hill School, Tunbrigde Wells, Kent, kemudian di Alderburgh Lodge School serta di Roydon Hall, Norfolk. Basinda juga pernah belajar di Christ Church, Oxford. Pada tahun 1910, baginda diiringi Dato' Onn bin Dato' Ja'afar telah berangkat pulang ke Johor. Dalam tahun itu juga, baginda berdua telah dititahkan menyambung pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara kerabat diraja yang menuntut bersama-sama baginda di MCKK ialah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), dan Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Dalam tahun 1913, baginda sekali lagi telah berangkat ke England. Baginda bersemayam di England selama tujuh tahun, dan dalam tempoh itulah baginda telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman setelab melawat beberapa tempat di England dan Eropah. Pada hari Jumaat 5 Mac 1920, Sultan Ismail diringi paduka adindanya, Tunku Aris Bendahara Abu Bakar telah berangkat balik ke Johor.[1]

Keluarga sunting

Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan:

  • Sultanah Aminah binti Almarhum Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1922.[2] Kemudian baginda sultanah mangkat pada 14 September 1977 akibat kemalangan jalanraya di Kulai pada bulan Ogos 1977. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan 3 puteri dimana beberapa daripadanya hidup sehingga dewasa:
  • Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad merupakan kerabat diraja Kelantan yang telah berkahwin dengan Sultan Ismail pada 13 November 1977.[6]

Mangkat sunting

Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas dimasukkan hospital itu kerana gering. Baginda digantikan oleh paduka anakandanya, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ibrahim
Sultan Johor ke-23
1959-1981
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar

Legasi sunting

Sultan Ismail telah diabadikan namanya di beberapa tempat dan institusi seperti:

Rujukan sunting

  1. ^ Buku ALMARHUM SULTAN ISMAIL JOHOR 1894-1981
  2. ^ Morais (1969), m/s xxii
  3. ^ a b Johor15 diambil 6 Januari 2008
  4. ^ Morais (1965), m/s xxii
  5. ^ Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, Morais (1967), m/s xxii; Selamat Johor Tanda Kenangan
  6. ^ Morais (1979), m/s 67
  7. ^ Pengenalan Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, Laman Web Rasmi Perpustakaan Sultan Ismail, diambil 1 Februari 2009