Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah
Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Muhammad II Muazzam Shah (1823 – 26 Julai 1864) ditabalkan sebagai Sultan Lingga pada tahun 1835.
Baginda telah berkuasa sepenuhnya setelah kemangkatan ayahanda baginda pada 20 Julai 1841. Pada 7 Okober 1857 Baginda telah berselisih faham dengan pihak Belanda seterusnya dihalang dari berkuasa oleh pihak Belanda.
Baginda telah melarikan diri dan hidup dalam buangan ke Negeri Pahang sehingga tahun 1861 sebelum berpindah ke Bangkok untuk menjadi Gabenor Siam bagi Negeri Terengganu dan Kelantan.
MangkatSunting
Baginda mangkat di Pekan, Pahang dan dimakamkan di Pahang pada 10 Julai 1864.
Lihat jugaSunting
Pautan LuarSunting
Penyandang Terdahulu | Sultan Lingga-Riau Ke-3 1841 – 1857 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad II Muazzam Shah | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah |