Sultan Mahmud ibni Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah

Sultan Pahang

Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah atau ditabalkan lebih dikenali dengan Tengku Long Mahmud, ialah Sultan Pahang ke-33.

Mahmud Shah II
Paduka Sri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Pahang Darul Makmur XXXIII
Mahmud Shah II
Sultan Pahang Darul Makmur
Pemerintahan13 April 1909 - 19 Jun 1917
Didahului olehSultan Ahmad al-Mu’azzam Shah
Diikuti olehSultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah
Pemangku rajaTengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah
KeputeraanTengku Lung Mahmud bin Tun Ahmad
(1868-02-04)4 Februari 1868
Istana Diraja, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan19 Jun 1917(1917-06-19) (umur 49)
Istana Sri Terentang, Tanjung, Kuala Pahang, Pahang
Pemakaman20 Jun 1917
Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang, Pahang
Pasangan3 orang iaitu ; Cik Hajjah Aminah binti Haji Abdul Halim, Tengku Ampuan Mariam binti Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah, Che Engku Umaiyah binti Tun Mansur
Anakandatiada
Nama diraja
Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah
AyahandaSultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Datuk Bendahara Sri Maharaja Tun Ali
BondaUngku Che’ Pah binti Datuk Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim
AgamaIslam

Baginda diputerakan pada hari Jumaat, 4 Februari 1868 Masihi bersamaan 10 Syawal 1254 Hijrah, merupakan perkongsian hidup di antara Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dengan Che Ungku Pah binti Dato Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim di Istana Diraja, Pekan Lama. Baginda merupakan putera sulung Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Bendahara Sri Maharaja Tun Ali. Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya, menurut persetujuan Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan. Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah di Johor Bahru pada 14 September 1897 tetapi tidak mempunyai zuriat. Baginda berjaya menaiki takhta pelepasan ayahandanya pada 13 April 1909 kerana usia tua. dan Tengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan Besar. Pemerintahan baginda sebagai Sultan Pahang selama lapan tahun, apabila baginda mangkat pada Selasa 19 Jun 1917 di Istana Sri Terentang, Tanjung, Kuala Pahang. Baginda digantikan adindanya Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah.

Lihat juga

sunting
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ahmad Muazzam Shah
Sultan Pahang Moden II
1909-1917
Diikuti oleh:
Sultan Abdullah Al-Mutsim Billah Shah




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.