Sultan Muhammad Alam

Sultan Brunei

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Alam ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam (juga dengan gelaran Sultan Tandzul Alam -telah mendapat pengesahan daripada Pengiran Besar Ibni Pengiran Anak Sabtu Ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin pada tahun 1960an di Kampung Segaliud, Sabah) merupakan Sultan Brunei ke-22 yang memerintah dari 18 Mei 1822 setelah kemangkatan ayahandanya hingga tahun 1824. Oleh kerana baginda masyhur dengan kekuatan dan gagah, baginda terkenal dengan nama "Raja Api" (Ria Apui - dikatakan semasa lahir di kelilingi Api)

Tandzul Alam @ Muhammad Alam

تانظول عالم @ محمد عالم

Pemerintahan 1822 - 1824
Pendahulu Muhammad Kanzul Alam
Pengganti Omar Ali Saifuddien II
Nama penuh
Tandzul Alam @ Muhammad Alam ibni Muhammad Kanzul Alam
Ayahanda Muhammad Kanzul Alam
Keputeraan Bandar Brunei, Brunei
Kemangkatan Bandar Brunei, Brunei
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei
Agama Islam

Baginda juga dikenali sebagai Paduka Raja, Sultan Panji Alam, bersemayam di Bukit Seruwei Kampung Kuala Segan Bintulu, Sarawak. Isteri baginda Pengiran Raja Isteri Nurlana Abdullah, anak-anak baginda Pengiran Anak Nur Alam, Pengiran Anak Salama dan Pengiran Muda Muhammad Omar Jaya, generasi keturunan baginda masih ada sehingga kini.

Sewaktu pemerintahan baginda, baginda mendapat khabar bahawa wilayah Tanjung Kidurung hendak diserang oleh sekumpulan lanun dari Suluk, yang ingin menawan wilayah tersebut. Baginda dan bala tentera berangkat ke Bintulu bagi mempertahankan wilayah tersebut ketika itu. Setelah berjaya menawan lanun di Tanjung Kidurung, baginda mengambil keputusan berkubu di Kuala Segan, Bintulu. Di situ, tapak pertama persinggahan baginda bersama pengikut baginda, dan terus berkampung di Kuala Segan.

Baginda berlayar sehingga ke Tatau bersama pengikut baginda. Di sana baginda telah berjumpa dengan pemerintah Tatau iaitu Raja Kaya Jaban dan Isteri Maying Rabiah. Di sana baginda bertemu jodoh isteri baginda, iaitu Lana. Sebagai pemerintah Brunei yang warak, baginda telah telah memperisterikan Lana yang bergelar Pengiran Isteri Nur Lana Abdullah, dan dinikahkan oleh Pengiran Sahibul Khatib Haji Damit ibni Khatib Beqir yang merupakan menteri agama pada hayat baginda.

Baginda juga pernah dikunjungi oleh pemangku baginda, Pengiran Muda Omar Ali Saifuddin yang datang ke Bintulu, dan meminta baginda kembali ke istana. Dari itu, baginda mengambil keputusan menetap di Bintulu, dan telah menyerahkan takhta kerajaan kepada pemangku baginda. Baginda bersama keluarga baginda serta pengikut baginda menetap di wilayah Bintulu.

Daripada anak baginda iaitu Pengiran Anak Nur Alam, baginda amat digeruni oleh pahlawan Iban, kerana kerana kewarakan dan kegagahan baginda yang membawa bersama panji 40 Kerajaan Brunei, pernah menewaskan lanun. Baginda bergelar Sultan Panji Alam, dan juga Paduka Raja, baginda bersemayam pada tahun 1895. Terdapat cerita masyarakat sekitar Sarawak bahawa baginda dimakamkan di Bukit Seruwei, Kampung Kuala Segan, Bintulu, Sarawak (namun ianya masih dalam kesamaran).

Keturunan baginda masih ada sehingga hari ini dan berdasarkan beberapa catatan daripada Pengiran Besar ibni Pengiran Anak Sabtu Ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dimana beliau datang sendiri ke kampung tersebut (Kampung Segaliud, Sandakan, Sabah) sebagai wakil daripada saudara beliau iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin III, yang pada masa itu (1960an) pemerintah Brunei, di mana keturunan baginda daripada anak baginda iaitu Pangeran Serruddin (Saifuddin) telah ditemui di satu kawasan perkampungan iaitu Kampung Segaliud, Sandakan, Sabah yang mana sehingga masa kini masih meneruskan hidup sebagai masyarakat kampung tersebut. Ini adalah hasil daripada bukti pencarian wakil Sultan Omar Ali Saifuddin III, iaitu saudara baginda Pengiran Besar ibni Pengiran Anak Sabtu Ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin yang mendapati salah seorang penduduk yang bernama Yang Mulia Tuan Haji Omar @ Kabig bin Pengiran Sulaiman yang mana dalam penceritaan usul cerita berkenaan asal-usul keturunan beliau sendiri termasuklah penduduk kampung tersebut dan Pangiran Besar Ibni Pangiran Anak Sabtu Ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin telah membawa Yang Mulia Tuan Haji Omar @ Kabig Bin Pengiran Sulaiman ke Brunei Darussalam dan mengemukakan usul salasilah keturunan daripada Pangiran Gomarang Kisor Emas secara lisan di hadapan Sultan Omar Ali Saifuddin III di Istana Darul Hana pada tahun sekitar 1961. Hasil daripada usul salasilah tersebut, Yang Mulia Tuan Haji Pengiran Haji Omar @ Kabig Bin Pengiran Sulaiman di berikan satu set pakaian istana berwarna hitam lengkap dengan sebuah keris yang tercatat pada sarung keris tersebut Datu Panglima Garang.

Berikut adalah salasilah keturunan baginda yang beranakkan:

  • Pengiran Serruddin (Saifuddin)
  • Pengiran Deraman (Duraman) Riau
  • Pengiran Gomarang Kisor Mas
  • Pengiran Tabaron
  • Pengiran Muda
  • Pengiran Telok
  • Pengiran Tarib (Tarid)
  • Pengiran Sulaiman
  • Pengiran Haji Omar @ Kabig
Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
18221824
Penyandang Kemudian
Muhammad Kanzul Alam Omar Ali Saifuddien II