Nama asal baginda Long Muhammad. Baginda merupakan putera ke-6 Long Yunus dan tidak mempunyai anak (digelar Marhum Mandul).

Sultan Muhammad I
Al-Sultan Kelantan Darul Naim
Fail:-
Muhammad I, Kelantan
Sultan Kelantan
Pemerintahan1800 - 1835
Kemahkotaan1801
Didahului olehTengku Muhammad (digulingkan)
Diikuti olehLong Zainal ibni Long Yunus (pemangku)
Sultan Muhammad II
KeputeraanLong Muhammad ibni Long Yunus
31 Den 1776
istana pasir pelangi, Kota Bharu, Jajahan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Malaya
Kemangkatan-
-
Pemakaman-
-
Pasangan-
Anakanda-
Nama penuh
-
Nama penuh
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Marhum Manddull
Kerabat-
Wangsa-
AyahandaLong Yunus bin Sultan Long Sulaiman
Bonda-
AgamaIslam

Pembebasan Kelantan dari Pengaruh Terengganu

sunting

Kuasa Terengganu memain peranan penting di Kelantan semenjak Long Yunus meminta bantuan ketenteraan dari Sultan Terengganu untuk menyatukan Kelantan dan mententeramkan huru-hara diantara Kerajaan Kubang Labu (Kelantan Barat), Kerajaan Pengkalan Datu (Kelantan Timur) dan Kerajaan Legeh (Jeli dan Rangae di Narathiwat sekarang). Long Yunus juga telah mengahwini penari gamelan bernama Inche Tuan Jumat puteri kepada Yang Di-Pertuan Tua Terengganu Engku Tana Wangsa, abang kepada Sultan Mansur Riayat Shah I. Selepas kemangkatan Sultan Long Yunus pada tahun 1795, Kelantan telah dipengaruhi oleh Terengganu apabila Sultan Terengganu, Sultan Mansur Riayat Shah I dengan berani melantik puteranya yang ke-6 bernama Tengku Muhammad[1] yang juga merupakan menantu Sultan Long Yunus sebagai Yang Di-Pertuan Muda (Yamtuan Muda) Kelantan dan wakil bagi Sultan Terengganu untuk memerintah Kelantan. Perlantikan Tengku Muhammad juga disokong oleh Raja Patani. Keadaan ini mencetuskan tidak puas hati di kalangan putera-putera Sultan Long Yunus. Long Muhammad yang berundur kehulu Kelantan iaitu ke Sokor, Kuala Nal dan menyuruh Long Tam pergi mendapatkan bantuan orang Cina digalas dan bantuan askar dari Kerajaan Reman di Hulu Perak untuk menyerang Tengku Muhammad dan askar Terengganu di Kota Bharu. Terengganu berjaya dikalahkan pada tahun 1800, dan Kelantan membebaskan diri dari pengaruh Terengganu dan bernaung di bawah Siam dengan menghantar bunga emas. Semasa pemerintahannya, baginda melantik adindanya iaitu Long Ismail sebagai Raja Muda. Baginda mangkat pada tahun 1835 dan pemerintahan Kelantan diambil oleh adindanya iaitu Long Jenal (Zainal) yang juga merupakan Raja Bendahara Banggul. Kelantan menjadi huru-hara selepas kemangkatan baginda akibat perebutan takhta diantara Raja Bendahara Banggul Long Jenal,Long Muhammad bin Long Ismail(Tuan Besar kampung Laut) dan Long Senik Mulut Merah. Siam telah campur tangan dengan melantik anak saudara baginda iaitu Long Senik Mulut Merah sebagai Sultan dan adinda baginda Long Jenal sebagai Yamtuan Muda Kelantan. Raja Kampung Laut, Long Muhammad (Tuan Besar) ditabal oleh Siam menaiki takhta kerajaan Patani dengan gelaran Tuanku Luang Phraya Prakdi Muhammad dan memulakan dinasti Kelantan di Pattani bagi menggantikan Dinasti Sri Wangsa yang ketiadaan waris lelaki.

Keluarga

sunting

Oleh kerana baginda tidak mempunyai putera, baginda telah mengambil 2 orang putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan Ibni DYTM Long Yunus sebagai anak angkatnya iaitu

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1800 – 1835
Penyandang Kemudian
Tengku Muhammad Yang Di-Pertuan Muda Long Jenal