Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II

(Dilencongkan daripada Sultan Muhammad Jiwa)

Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II adalah Sultan Kedah ke-19. Baginda merupakan putera kepada Sultan Abdullah al-Mu'azzam Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas binti Sultan Muhammad Abdul Jalil Karimullah Mualim Shah (Raja Patani).

Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II
محمد جيوا زين العابدين معظم شاه ٢
al-Azizzu ul-Mulk al-Qadir al-Ghalib Ghahr al-Maghlub, us-Sultan Khalifatu’llah ‘Ala Da’irah Kedah
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman
Pemerintahan1710–1778
Didahului olehSultan Ahmad Tajuddin I
Diikuti olehSultan Abdullah Mukarram Shah
Keputeraan1699
Kemangkatan23 September 1778 (umur 78–79)
Istana Baginda, Alor Star
PemakamanMakam Diraja Langgar
PasanganNang Che’ Puan Paduka Bonda
Tengku Putri
serta dua orang lagi
AnakandaTengku Long Putra Shah
Tengku Mangku Putra
Sultan Abdullah Mukarram Shah
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II
Tengku Rahimah
Tengku Dayang
Nama selepas mangkat
Al-Marhum Kota Star al-Awwal
KerabatKedah
AyahandaSultan Abdullah Muazzam Shah
BondaWan Nang Mas
AgamaIslam

Pertabalan

sunting

Keberangkatan semula ke Kedah

sunting

Setelah lamanya merantau bersama gurunya, Tuan Syeikh Abdul Jalil dan Hafiz Sab, maka timbul rasa kerinduan di hati baginda untuk pulang ke Kedah bagi melihat ayahanda dan bonda tercinta. Pada 28 Julai 1710, baginda mengajak Tuan Syeikh dan Hafiz Sab datang ke Kedah. Baginda, Tuan Syeikh dan Hafiz Sab telah belayar dengan menaiki baghalah milik orang Maskat dari India dan menuju ke Asia Tenggara. Baghlah baginda telah tiba di Pelabuhan Mergui, Burma dan ketika itu kapal Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar juga singgah di situ dalam misi mencari baginda. Padahari kedua, Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar bersama dua orang kanan menaiki sampan ke baghalah baginda untuk bertemu Tuan Syeikh.

Apabila masuk ke baghalah, baginda telah mengenali beliau dan menegurnya. Selepas itu, Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar memaklumkan berita kemangkatan ayahandanya kepada baginda lalu disambut dengan tangisan. Tuan Syeikh dan Hafiz Sab amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa baginda adalah putera Sultan Kedah dan pewaris takhta. Berita penemuan baginda akhirnya sampai kepada Raja Laksamana dan Raja Bendahara. Rombongan kepulangan baginda tiba di Kuala Bahang dan disambut dengan penuh istiadat.

Pada 13 Oktober 1710, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-19 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang. Baginda mengangkat puteranya, Tengku Long Putera sebagai Raja Tanah dan Tengku Anjang (Raja Laut).

Pemerintahan

sunting

Baginda telah memperkenalkan mata wang emas dan perak bagi kegunaan perdagangan dalam negeri Kedah. Baginda bermuafakat bersama hemaah menteri untuk mengangkat Hafiz Sab sebagai Kadi bergelar Dato’ Maharaja Qadi dan Tuan Syekh Abdul Jalil Al Mahdi (Mufti).

Baginda bermuafat dengan jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota batu yang diberi nama Kota Setar, kini merupakan ibu negeri semasa, Alor Setar. Pada 30 Disember 1735, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Setar dan bersemayam di sana. Tahun 1738, baginda bermuafat dengan Jemaah menteri untuk membangunkan Kota Anak Bukit di Anak Bukit. Baginda juga membina Kota di Seberang Akar Peluru.

Baginda bermuafakat dengan jemaah menteri untuk mengangkat Tengku Abdullah sebagai pewaris takhta dan Tengku Dhiauddin (Raja Muda) memerintah Kayang hingga ke Setul. Pada 5 Jun 1740, istiadat pertabalan Tengku Abdullah sebagai pewaris takhta dan Tengku Dhiauddin (Raja Muda Kedah). Tengku Long Putera berasa dukacita dan mengambil keputusan belayar ke Jambi manakala Tengku Anjang pula ke Padang Pariaman, Sumatera.

Kemangkatan

sunting

Pada 23 September 1778, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.
Didahului oleh
Sultan Ahmad Tajuddin I
Sultan Kedah
17101778
Diikuti oleh:
Sultan Abdullah Mukarram Shah