Sultan Muhammad Kanzul Alam
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I merupakan Sultan Brunei ke-21 memerintah dari tahun 1807 hingga tahun 1822. Sebelum menjadi sultan, baginda dikenali sebagai Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.
Muhammad Kanzul 'Alam محمد كنز العالم | |
---|---|
Pemerintahan | 11 Februari 1807 – 28 April 1822 |
Pendahulu | Omar Ali Saifuddin I |
Pengganti | Muhammad Alam |
Pasangan | Pengiran Isteri Pengiran Anak Saleha Pengiran Anak Isteri Nur Alam Pengiran Anak Salama |
Anakanda | |
Sultan Muhammad Alam Pengiran Muda Pasar Pengiran Muda Hasan Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim Pengiran Bendahara Pengiran Muda Muhammad Digantisan Pengiran Anak Badaruddin Pengiran Anak Jalaluddin Pengiran Anak Ismail Pengiran Muda Muhammad Ahad Pengiran Anak Muhammad Tajuddin Pengiran Anak Abdul Kadir Pengiran Marsala Pengiran Anak Jaafar Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa Raja Perempuan Pengiran Anak Puteri Hadiah Pengiran Anak Puteri Siti Mariam Pengiran Anak Puteri Seri Banum Pengiran Anak Puteri Siti Khadijah | |
Nama penuh | |
Pengiran Muda Tengah Muhammad Kanzul 'Alam ibni Omar Ali Saifuddin I | |
Ayahanda | Omar Ali Saifuddin I |
Bonda | Pengiran Anak Nur Alam |
Keputeraan | Istana, Bandar Brunei, Brunei |
Kemangkatan | selepas 28 April 1822 Istana, Bandar Brunei, Brunei |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei |
Agama | Islam |
Baginda menjadi wakil Sultan Muhammad Tajuddin untuk membantu memelihara Brunei selepas kemangkatan putera baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Pada tahun 1821, baginda mengeluarkan dan menurunkan wang pitis ke padian.
Baginda mengeratkan hubungan persahabatan dengan Sepanyol di Manila. Pada tahun 1809, Si Merah datang ke Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud. Kerana kejayaannya, diarak menjadi 'Pengiran Pemancha'.
Baginda jugalah yang berjaya menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada kandangnya. Pada tahun 1823, utusan Belanda datang ke Brunei. Pada zaman baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota dan dititahkan memerintah Sarawak.
Tempoh tamat pemerintahan baginda kurang diketahui dan kurang diyakini, namun dipercayai selepas tahun 1822, baginda mungkin turun dari takhta kerajaan dan menjadi Pengiran Di-Gadong dan Pemangku Sultan, ataupun baginda mungkin mangkat selepas 28 April 1822.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1807 – 1822 |
Penyandang Kemudian |
Muhammad Tajuddin | Muhammad Alam |