Sultan Muhammad II (Terengganu)

Sultan Terengganu

Sultan Haji Muhammad II Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah (7 September 1888 – 11 April 1956) ialah Sultan Terengganu yang ke-13. Baginda memerintah dari tahun 1918 hingga tahun 1920. Baginda ditabalkan selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Zainal Abidin III.

Sultan Muhammad Muazzam Shah II
Fail:-
-
Pemerintahan 25 November 1918 - 20 Mei 1920
Pendahulu Sultan Zainal Abidin III Mu’azzam Shah
Pengganti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Raja Muda Tengku Sulaiman
Pasangan m. (first) YM Tengku Zahab binti Tengku Ali, Tengku Ampuan (d. at Kuala Trengganu, 1909, bur. there at the Sultan Zainal Abidin Mosque), daughter of Y.M. Tengku 'Ali bin Tengku Besar Muhammad Yusuf, Tengku Kechil Besar, by his second wife, YM Tengku Salma binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Rahman [Padang], youngest daughter of H.H. Paduka Sri Nasr ul-Zaman al-Sultan 'Abdu'l-Rahman Mu'azzam Shah ibni al-Marhum al-Malik al-Hadi Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Lingga, Riau and dependencies. m. (second) at Daik, Riau, 1906, Y.A.M. Tengku Dalam Embong binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Rahman (d.s.p. at Kuala Trengganu, 1909, bur. there at the Sultan Zainal Abidin Mosque), younger daughter of H.H. Paduka Sri Nasr ul-Zaman al-Sultan 'Abdu'l-Rahman Mu'azzam Shah ibni al-Marhum al-Malik al-Hadi Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Lingga, Riau and dependencies. m. (third) at Lingga, Riau, 21st May 1909, H.H. Tengku Hajjah Ngah Aisha binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Rahman, Sultana of Trengganu (b. at Lingga, Riau, 1892; d.s.p. 11th April 1963), younger daughter of H.H. Paduka Sri Nasr ul-Zaman al-Sultan 'Abdu'l-Rahman Mu'azzam Shah ibni al-Marhum al-Malik al-Hadi Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Lingga, Riau and dependencies, by his third wife, Y.M. Sharifa Aisha [Tuan Bilik], a daughter of a Sayyid from Indragiri, Sumatra. m. (fourth) at Kuala Trengganu, 27th March 1912, Y.M. Tengku Ruqiya binti Tengku Umar [Yah] (b. 1893; m. second, Y.M. Engku Wang bin Engku Besar Padang al-Idrus, and d. March 1982), daughter of Y.M. Tengku Umar bin Tengku Besar Muhammad Yusuf, of Lingga. m. (fifth) Hajjah Maimuna binti Embong. m. (sixth) Hajjah Kalsum binti Muhammad Amin
Anakanda
2
Nama penuh
Sultan Muhammad II Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Tempat persemayaman -
Ayahanda Sultan Zainal Abidin III Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad
Bonda Cik Kulsum binti Daud
Keputeraan (1888-09-07)7 September 1888
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 11 April 1956(1956-04-11) (umur 67)
Istana Gong Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu
Dimakamkan Masjid Abidin, atau Makam Syaikh Ibrahim
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Agama Islam

Baginda ialah putera sulung Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah dengan Che Istana Hajjah Kelsom binti Daud. Baginda diputerakan pada tahun 1892/1309H/1889M dan dikurniakan gelaran Tengku Kecik Muda pada usia kanak-kanak.[1]

Baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Muda pada 1896 menggantikan nenda saudara baginda, iaitu Tengku Abbas yang mangkat. Baginda mempunyai kekanda kandung iaitu Tengku Hajah Nik Maimunah & Tengku Hajah Nik Aisyah.

Pertabalan sunting

Baginda ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang ke-12, menggantikan Sultan Zainal Abidin II yang mangkat. Baginda dimasyurkan pada tahun 1918 di Istana Maziah, dengan gelaran Sultan Muhammad Muazzam Shah II.[1]

Campur tangan British dan tekanan sunting

Pada tahun 1909 berlaku perjanjian di antara British dengan Siam, atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok, di mana perjanjian ini menetapkan negeri-negeri utara Tanah Melayu diserahkan kepada British.

Pada masa itu semua negeri-negeri Melayu utara tidak dibawa rundingan sehingga semua negeri-negeri utara Tanah Melayu menentang perjanjian ini, termasuk Terengganu, sehingga Sultan Zainal Abidin III terpaksa membuat undang-undang tubuh untuk menyekat kuasa British. Tetapi semasa zaman Sultan Muhammad, tekanan semakin kuat sehingga baginda terpaksa menandatangani perjanjian dengan British pada 24 Mei 1919, yang memberi ruang kepada Penasihat British untuk campur tangan dalam pentadbiran Terengganu, kecuali dalam hal ehwal istiadat Melayu dan agama Islam[1]

Turun Takhta sunting

Sultan Muhammad Muazzam Shah II turun takhta pada 1920 akibat dasar pemerintahan negeri oleh British, serta prinsip baginda. Baginda mencatatkan sejarah Terengganu sebagai sultan pertama turun takhta. Baginda telah diganti oleh adinda sebapa baginda Tengku Sulaiman[2]

[2]

Keluarga sunting

Baginda telah berkahwin dengan:[2]

  • Tengku Embong Zahab binti Tengku Chik Besar @ Ali Paduka Indera Raja Tengku Muhammad Yusuf ibni Sultan Mahmud Muazzam Shah, Marhum Mangkat di Pahang.
  • Tengku Bilik binti Tengku Ali.
  • Tengku Hajjah Aishah (Sultanah Terengganu), puteri Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Riau-Lingga kelima.
  • Tengku Ruqiya binti Tengku Umar, puteri Tengku Umar Ibni Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dari Riau-Lingga.
  • Hajjah Che Kalsum binti Muhammad Amin

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Nota kaki sunting

  1. ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 120
  2. ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 122
Didahului oleh
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Terengganu
1918-1920
Diikuti oleh:
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah