Sultan Omar Ali Saifuddien I
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Omar Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad Alauddin merupakan Sultan Brunei ke-17 dari tahun 1740 hingga 1795.
Omar Ali Saifuddin I عمر علي سيف الدين١ | |
---|---|
Pemerintahan | 1740 - 1795 |
Pendahulu | Husin Kamaluddin |
Pengganti | Muhammad Tajuddin |
Pasangan | Raja Isteri Puteri Pengiran Anak Nur Alam Raja Isteri Bungsu Wan Puteh |
Anakanda | |
Muhammad Tajuddin Pengiran Ayah Pengiran Anak Abdul Wahab Pengiran Anak Sulaiman Pengiran Anak Usuf | |
Nama penuh | |
Omar Ali Saifuddin I ibni Muhammad Alauddin | |
Bonda | Pengiran Babu Seri Banum |
Keputeraan | sebelum 1730 Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Kemangkatan | 10 Julai 1795 Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Agama | Islam |
Baginda diputerakan sebelum sekitar tahun 1730. Baginda merupakan putera kedua kepada Sultan Muhammad Alauddin dan Pengiran Babu Seri Banum.
Baginda menaiki takhta untuk menggantikan Sultan Husin Kamaluddin (Marhum di Luba) yang telah mangkat pada tahun 1780.
Pada tahun 1769, baginda menitahkan angkatan Brunei diketuai oleh Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang Aminuddin menyerang Manila dan berjaya menduduki Manila. Pada tahun 1775, baginda menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Sulu diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya.
Pada tahun 1780, baginda menyerahkan kuasa kerajaan kepada anak sulung baginda, Sultan Muhammad Tajuddin. Selepas penyerahan kuasa kerajaan, baginda dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Besar, dan memakai gelaran tersebut sehingga baginda mangkat. Namun baginda masih Sultan dan Yang Di-Pertuan.
Sepanjang hidup baginda, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan empat orang isteri. Mereka adalah:
- Pengiran Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin.
- Pengiran Anak Nur Alam binti Sultan Husin Kamaluddin.
- Pengiran Isteri Bungsu binti Sultan Husin Kamaluddin.
- Wan Puteh.
Hasil perkhawinan baginda dengan isteri-isteri baginda, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya:
- Sultan Muhammad Tajuddin.
- Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.
- Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar Pengiran Anak Abdul Wahab.
- Pengiran Kasuma Negara Pengiran Anak Sulaiman.
- Pengiran Anak Usuf.
- Pengiran Muhammad Ayub
Baginda mangkat pada 10 Julai 1795, dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei. Selepas kemangkatan baginda, baginda dikenali sebagai Marhum di Makam Besar. Baginda digantikan oleh Sultan Muhammad Tajuddin.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1740 – 1795 |
Penyandang Kemudian |
Husin Kamaluddin | Muhammad Tajuddin |