Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya (Tulisan Jawi: دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري سلطان، يڠ دڤرتوان دان راج ڤمرينته باݢي نݢري ڤيراق دارالرضوان دان جاجهن تعلوقڽ) merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan سلطان ڤيراق | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
![]() | |
Penjawat kini | |
![]() Sultan Nazrin Shah | |
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sejak 29 Mei 2014 | |
Pertabalan 06 Mei 2015 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Raja Jaafar Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa |
Raja pertama | Sultan Mudzaffar Shah I Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I. Sultan Perak Pertama (Dinasti Kesultanan Melaka). atau (Dinasti Kesultanan Perak). |
Pembentukan | 1528 |
Persemayaman | Istana Iskandariah, Kuala Kangsar |
Laman sesawang | sultan |
Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.
Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak. Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.[1]
Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya susur galur dari Kesultanan Siak.
Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[2]
Sistem pewarisan takhta negeri Perak Sunting
Berlainan dengan kesultanan Melayu yang lain, pewarisan takhta negeri Perak mengguna pakai sistem pewarisan yang unik. Sebelum seseorang anak gahara ingin menjadi Sultan Perak, mereka perlu menjawat salah satu jawatan yang dipanggil Raja-Raja Bergelar. Berikut adalah penyandang terkini [3]
Raja Pemerintah | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah |
---|---|
Raja Muda | Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
Raja Jaafar Shaffiuddin Mu'azzam Shah ll ibni Almarhum Raja Muda Musa ll |
Raja Di-Hilir | Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, |
Raja Kechil Besar | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan,
Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah |
Raja Kechil Sulung | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan,
Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Kecil Sulong Ashman Shah |
Raja Kechil Tengah | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan,
Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Zairan @ Raja Zaid |
Raja Kechil Bongsu | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan,
Kosong |
Senarai Sultan Perak Sunting
Berikut merupakan senarai Paduka Seri Sultan-sultan Negeri Perak daripada permulaan Kesultanan Melayu Perak sehingga kini.
Salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan Sunting
Petunjuk : Sultan Raja-Raja Bergelar (terkini)
Rujukan Sunting
- ^ Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
- ^ "Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor". Orang Perak. 19 April 2017. Dicapai pada 3 Disember 2017.
- ^ http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/sultan-raja-raja
Bibliografi Sunting
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
- Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.