Sultan Rijaluddin Muhammad Shah

Baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Kota Naga pada tahun 1626.Baginda juga menjalinkan hubungan erat dengan Kerajaan Siam dan hubungan perdagangan dengan Betawi(Jawa) dan juga India (Koromandel)

Sultan Rijaluddin Muhammad Shah adalah Sultan Kedah ke-13.

Baginda merupakan putera kepada Sultan Sulaiman Shah II dan Che Puan Paduka Bonda Che Ratnamala

Pada 7 April 1626, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-13 dan bersemayam di Kota Siputeh

Baginda mengambil alih pemerintahan ketika bapanya dibawa ke Aceh pada tahun 1619 sebagai tahanan.

Raja Panglima Rantau dan Raja Panglima Alam telah memohon limpah perkenan baginda untuk pulang semula Aceh

Baginda memperkenankan permohonan mereka dan diberi surat untuk dipersembahkan kepada Sultan Aceh

Pada 3 Ogos 1626, baginda bersama kaum kerabat dan jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Naga untuk bersemayam di sana

Baginda menyerahkan Kota Seputeh kepada Dato’ Setia Raja dan Dato’ Johan Pahlawan untuk menjagakannya

•Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menterinya untuk mengorek suatu sungai dari Kuala Sungai, Alor Janggus tembus ke Sungai Gunung yang dikenali sebagai Sungai Baru

Pada 17 Mei 1628, Raja Bendahara Uthman telah mangkat dan dimakamkan di Langgar Kota Naga

Pada 12 Disember 1650, 2 orang jeragan kapal bangsa Portugis telah berjumpa dengan Raja Laksamana untuk menjual meriam

Pada 15 Disember 1650, Raja Laksamana dan 2 orang jeragan Portugis telah mengadap baginda untuk mempersembahkan urusan pembelian meriam itu

Pada 29 Disember 1651, sebuah kapal Belanda masuk ke Kedah untuk membuka perniagaan

Pada 4 Oktober 1652, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Naga

Lihat juga sunting

Sultan Kedah

Didahului oleh
Sultan Sulaiman Shah II
Sultan Kedah
1625-1651
Diikuti oleh:
Sultan Muhyiddin Mansur Shah

Rujukan sunting