Sultan Sharif Ali

Sultan Brunei

Almarhum Sultan Sharif Ali ibni Almarhum Sharif Ajlan bin Sharīf Rumaitsah bin Sharīf Muḥammad Abu Numai Al-Awwal Al-Akbar Al-Hasani Terkenal dengan nama (Sultan Barakat)

Makam Sultan Sharif Ali, dekat Kota Batu.

Merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah dari tahun 1425 sehingga 1432. Baginda mewariskan Pedang Si Bongkok dan Panji-Panji Brunei. Baginda seorang yang warak dan pernah diceritakan baginda yang membina sebuah masjid pertama di Brunei, dan baginda sendiri pernah membaca khutbah sembahyang Jumaat. Jasa baginda juga ketara yang mana baginda merupakan sultan yang memulakan pembinaan Kota Batu serta menitikberatkan hukum Islam di Brunei. Dengan kegemilangan dan berkembang giat ajaran syiar Islam, maka baginda menambah nama Brunei dengan perkataan Darussalam, yang membawa maksud Negeri Yang Aman Sentosa.

Baginda dikatakan berasal dari Taif dan berketurunan daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
14251432
Penyandang Kemudian
Ahmad Sulaiman