Sultan Abdul Samad
Al-Marhum Sultan Abdul Samad Ibni Al-Marhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat.
Sultan Abdul Samad | |
---|---|
![]() | |
Sultan Selangor IV | |
Pemerintahan | 6 Januari 1857 - 6 Februari 1898 |
Pendahulu | Sultan Muhammad Shah |
Pengganti | Sultan Alaeddin Sulaiman Shah |
Raja Muda | Raja Muda Musa |
Anakanda | |
Raja Muda Musa | |
Nama penuh | |
Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah | |
Ayahanda | Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim |
Bonda | Che Lipah |
Keputeraan | 1804 Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor |
Kemangkatan | 6 Februari 1898 (berumur 93–94) Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, Selangor |
Dimakamkan | Makam Diraja Klang, Klang, Selangor |
Agama | Islam |
Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah.[1] Baginda dilahirkan pada tahun 1804. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.[2] Baginda telah dimakamkan, bersama ahli-ahli keluarga diraja yang lain, di Bukit Jugra.[3][4] Semasa pemerintahan baginda, berlakunya perang saudara di Selangor, penubuhan Kuala Lumpur,[5][6] pengenalan bendera dan lambang Selangor [7][8] dan permulaan penglibatan British dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.
Menaiki takhta sunting
Pemerintahan sunting
Keluarga sunting
Putera dan puteri sunting
- Permaisuri Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah
- Permaisuri Raja Buntal binti Raja Berkat.
- Permaisuri Raja Rabeah binti Raja Sulaiman.
- Raja Kahar ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad.
- Raja Arfah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad, berkahwin 13 Jun 1868 dengan Tengku Dhiauddin ibni al-Marhum Sultan Zainal Rashid (Sultan Kedah), mangkat pada tahun 1896[9].
- Raja Ibnushah ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad, mangkat pada tahun 1881.
- Raja Tipah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad
- Raja Moonah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad
- Raja Yakub ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad, mangkat pada tahun 1875.
- Raja Daud ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad
- Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad
Kemangkatan sunting
Baginda mangkat pada 6 Februari 1898 ketika berusia 93 tahun selepas 41 tahun memerintah negeri Selangor. Baginda dimakamkan di Bukit Jugra, Selangor.[10] Baginda mempunyai 12 orang anakanda, 6 orang putera dan 6 orang puteri dari 2 orang permaisuri.[11] Memandangkan pengganti beliau iaitu Raja Muda Raja Musa telah mangkat pada tahun 1884, cucunda baginda, Raja Sulaiman Raja Muda Musa ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang baharu.
Legasi sunting
- Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
- SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, Selangor.
- Masjid Sultan Abdul Samad (Masjid KLIA), Sepang, Selangor.
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor.
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 59
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 225
- ^ "Makam Diraja Sultan Abdul Samad". VisitSelangor.com. Dicapai pada 5 May 2017.
- ^ "Makam Sultan Abdul Samad". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2010. Dicapai pada 1 Disember 2010.
- ^ "Kuala Lumpur History". Web Sawadee PCL. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2004. Dicapai pada 25 Jun 2009.
- ^ "Kuala Lumpur History". Asia Web Direct. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2009. Dicapai pada 25 June 2009.
- ^ "Makna Bendera Negeri Selangor". Selangor State Government. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2009. Dicapai pada 25 Jun 2009.
- ^ "Kemangkatan Sultan Muhammad Shah Selangor". National Archives of Malaysia. 10 April 2009. Dicapai pada 26 June 2009.[pautan mati kekal]
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 63
- ^ "Makam Sultan Abdul Samad". VisitSelangor.com. Dicapai pada 5 May 2017.
- ^ Megat Zaharuddin, M.I. (2002). "Database of Malay Nobility - Genealogy Data". Geocities. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2009. Dicapai pada 25 June 2009.
Nota kaki sunting
- J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
Pautan luar sunting
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1857 – 1896 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad Shah | Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah |