Sultanah Kedah (Jawi: سلطانه قدح) merupakan gelaran rasmi bagi suri kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Gelaran ini diperkenalkan buat kali pertamanya pada tahun 1943 oleh Almarhum Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Sultanah Kedah
سلطانه قدح
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultanah Maliha
sejak 12 September 2017
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pembentukan1943; 81 tahun yang lalu (1943)
PersemayamanIstana Anak Bukit, Alor Setar
PelantikSultan Kedah

Sama seperti mana-mana isteri pemimpin negara, Sultanah Kedah tidak mempunyai sebarang peranan atau tugasan rasmi dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Akan tetapi, baginda tetap akan mengiringi Sultan Kedah dalam tugasan luar atau lawatan-lawatan rasmi dan menjadi tuan rumah bagi kunjungan pemimpin-pemimpin luar berserta para isteri ke istana.

Senarai Sultanah Kedah sunting

Nama Pemerintahan Sultan Kelahiran Mangkat Nota kaki
1 Sultanah Asma binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 13 Mei 1943 - 13 Julai 1958 Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah 25 Oktober 1917 13 Mei 1996 Penyandang pertama
2 Sultanah Bahiyah binti Tuanku Abdul Rahman]] 15 Julai 1958 - 26 Ogos 2003 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 24 Ogos 1930 26 Ogos 2003 Juga merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia dari 20 September 1970 hingga 21 September 1975
3 Sultanah Haminah binti Hamidun 21 November 2003 - 11 September 2017 15 Julai 1953 Juga merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia dari 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016
4 Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff 12 September 2017 - kini Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah 13 April 1949

Lihat Juga sunting