Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff (diputerakan 13 April 1949) ialah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman menggantikan biras baginda, Sultanah Haminah Hamidun. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat.[1] Baginda merupakan permaisuri kepada Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah serta bonda kepada Tengku Sarafuddin Badlishah dan Tunku Shazuddin Ariff.
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff | |||||
---|---|---|---|---|---|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Negeri Kedah Darul Aman | |||||
Sultanah Kedah | |||||
Tempoh | 12 September 2017 – kini | ||||
Pemasyhuran | 30 April 2018 | ||||
Didahului oleh | Sultanah Haminah Hamidun | ||||
Keputeraan | Tengku Maliha binti Tengku Ariff 13 April 1949 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Persekutuan Tanah Melayu | ||||
Pasangan | Sultan Sallehuddin (k. 1965) | ||||
Anakanda Butiran |
| ||||
| |||||
Kerabat | Kedah Darul Aman | ||||
Ayahanda | Tengku Sri Jaya Raja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman | ||||
Bonda | Cik Puan Sri Jaya Raja Datin Kitty Lind | ||||
Agama | Islam | ||||
Tandatangan | ![]() |
Kehidupan awalSunting
Tengku Maliha ialah anakanda ketiga daripada tujuh adik beradik kepada Tengku Sri Jaya Raja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman dengan Cik Puan Sri Jaya Raja Datin Kitty Lind.[2] Tengku Maliha merupakan ahli kaum kerabat diraja Negeri Kelantan dengan Sultan Yahya Petra sebagai paduka nenda saudaranya, manakala anakanda baginda, Sultan Ismail Petra adalah ayahanda saudaranya (walaupun sebaya umur dan tahun lahir) dan cucunda baginda, Sultan Muhammad V adalah sepupunya (dengan jarak usia 20 tahun lebih muda, manakala baginda 20 tahun lebih tua daripada Sultan Kelantan sekarang).[3]
Baginda mendapat pendidikan awal di SK St Mary, Sentul dan seterusnya di SK dan SMK Assunta, Petaling Jaya ketika ayahanda baginda berkhidmat di KLM iaitu sebuah syarikat penerbangan Belanda.[4] Pada tahun 1960, Sultanah Maliha bersama kerabat baginda berangkat pulang dan bersemayam di Kota Bharu, Kelantan kerana pada waktu itu ayahanda baginda diperkenankan untuk bertugas sebagai juruiring kepada Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan ke-27.
Sekembalinya di Kota Bharu, Sultanah Maliha mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Zainab, Kota Bharu dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah seperti sukan hoki dan mengambil bahagian dalam persatuan perbahasan di sekolah.[5] Tengku Maliha pernah mewakili sekolah dalam pertandingan debat bahasa Inggeris.
MinatSunting
Sultanah Maliha dilantik sebagai penaung English Literacy and Computer Programme (COMEL) diurus oleh Jabatan Pendidikan negeri dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sultanah Maliha juga menyayangi kucing dan gemar memasak terutamanya masakan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[6]
Sultanah KedahSunting
Sultanah Maliha dijadikan Sultanah Kedah apabila paduka suami baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baharu berikutan kemangkatan paduka kakanda ipar baginda pada bulan September 2017. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istiadat bermula jam 11 pagi dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha ke Balairung Seri, diiringi pembawa peralatan istiadat iaitu cogan agama, cogam alam, cokmar, pedang dan lembing.[7] Sejurus keberangkatan masuk pasangan diraja ke Balairung Seri, payung istiadat dikembangkan, disusuli paluan nobat. Watikah pemasyhuran Sultanah Kedah dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di hadapan Sultan Kedah sebelum Sultanah Maliha bangkit mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli, disusuli 21 das tembakan meriam dengan paluan nobat. Ahli kaum kerabat diraja Kedah yang lain turut berangkat menghadiri istiadat pemasyhuran Sultanah Kedah.
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambangSunting
Gelaran hormat bagi Sultanah Maliha | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
Terasul dan gelaranSunting
- 13 April 1949 – 28 November 1981: Yang Mulia Tengku Maliha binti Tengku Ariff
- 28 November 1981 - 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Tunku Puan Temenggong Kedah
- 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman
- 12 September 2017 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Negeri Kedah Darul Aman Sultanah Maliha binti Tengku Ariff
KurniaanSunting
Kurniaan negeriSunting
- Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 21.1.2018)[8]
- Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK, 30.4.2018) membawa gelaran Dato' Seri Diraja[9]
- Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS, 15.1.2017) membawa gelaran Dato' Seri Diraja[10]
- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK, 12.12.2011) membawa gelaran Dato' Seri [11]
- Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK, 2001) membawa gelaran Dato'
- Setia Diraja Kedah (SDK)
- Pingat Peringatan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Shah (1983)
- Pingat Jubli Emas (2008)
EponimSunting
AnakandaSunting
Sultanah Maliha dikurniakan dua orang putera atas hasil perkahwinan dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin.[13] Pada 26 November 1965, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sallehuddin yang pada ketika itu bertugas sebagai pegawai tentera di Kem Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Pengkalan Chepa, Kelantan.
Nama | Keputeraan | Perkahwinan | Anakandanya | |
---|---|---|---|---|
Tarikh | Pasangan | |||
DYTM Tengku Sarafudin Badlishah | 2 Mac 1967 | 27 Februari 2003 | DYTM Che Puan Muda Zaheeda binti Mohd Ariff | YTM Tunku Zara Bahiyah |
YTM Tunku Sulaiman Badlishah | ||||
DYAM Tunku Shazuddin Ariff | 27 April 1970 | 26 November 2022 | DYAM Che Puan Nur Julie Ariff |
KeturunanSunting
Keturunan Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff[14] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Norlida Akmar Idros (30 April 2018). "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". KOSMO!. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Sultanah Maliha Dimasyhurkan Sebagai Sultanah Kedah". Berita RTM. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Pemasyhuran Sultanah Kedah Pada 30 April Ini". mypatriot. 23 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". Astro Awani. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". Sinar Harian. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Tengku Maliha proclaimed as the new Sultanah of Kedah" [Tengku Maliha diisytihar sebagai Sultanah Kedah yang baharu]. New Straits Time (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ Embun Majid (30 April 2018). "Pemasyhuran Sultanah Kedah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ Petah Wazzan Iskandar (21 Januari 2018). "Sultanah Maliha ketuai 3 kerabat terima darjah Kedah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". BERNAMA. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ Suzalina Halid (15 Januari 2017). "50 terima darjah kebesaran sempena keputeraan Sultan Kedah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Tunku Bendahara Terima Darjah Kebesaran Sempena Pelantikan Sultan Kedah". mStar. 12 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "Hospital Langkawi kini Hospital Sultanah Maliha". Berita Harian. 15 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah". MalaysiaKini. 15 Disember 2016. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ Kelantan 6
Pautan luarSunting
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff Kerabat diraja Kedah Tarikh keputeraan: 13 April 1949
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultanah Haminah Hamidun |
Sultanah Kedah 12 September 2017 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Gelaran Diraja | ||
Didahului oleh Tengku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj |
Raja Puan Muda Kedah 15 Disember 2016 – 12 September 2017 |
Diikuti oleh: Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff |
Didahului oleh ' |
Tunku Puan Temenggong Kedah 1996 – 12 September 2017 |
Kosong |
Didahului oleh ' |
Toh Puan Laksamana Kedah 28 November 1981 – 1996 |
Diikuti oleh: Datin Seri Diraja Dato' Nora Binti Abdullah |