Tunku Puan Nora

Sultanah Johor

Tunku Puan Nora Ismail, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Nora (lahir Tengku Nora binti Tengku Ahmad; 10 Oktober 1937) merupakan Sultanah Johor dari tahun 1978 hingga tahun 1981. Baginda adalah paduka kekanda kepada Almarhumah Tunku Puan Zanariah yang juga merupakan Sultanah Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010.[1] Baginda juga merupakan paduka anakanda kepada YBM Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin YBM Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) dari Kelantan.

Tunku Puan Nora
Yang Amat Mulia Tunku Puan
Sultanah Johor
Pemerintahan13 November 1977 – 10 Mei 1981
Kemahkotaan28 Oktober 1978
Didahului olehSultanah Aminah
Diikuti olehSultanah Zanariah
KeputeraanTengku Nora binti Tengku Ahmad
(1937-10-10) 10 Oktober 1937 (umur 86)
Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan, British Malaya
PasanganSultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim (k. 1977; m. 1981)
Nama penuh
Tengku Nora binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad
Nama diraja
Tunku Puan Nora Ismail
KerabatIstana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
AyahandaTengku Long Ahmad bin Tengku Abdul Ghaffar
BondaChe Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid
AgamaIslam Sunni

Pada tahun 2011, Sultanah Nora dikurniakan gelaran YAM Tunku Puan Nora Ismail manakala Sultanah Zanariah bergelar YAM Tunku Puan Zanariah Iskandar sebagai satu tradisi dalam Kerabat DiRaja Johor apabila Permaisuri baharu dimasyhurkan.[2][3]

Kehidupan peribadi sunting

Tengku Nora diputerakan pada 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda ialah paduka puteri yang keenam kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Abdul Ghaffar dan Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid daripada sembilan orang adik-beradik. Paduka adindanya, Almarhumah Tengku Zanariah ialah suri kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Tengku Nora telah mendapat pendidikan awal di Pasir Mas English School dan Sekolah Zainab di Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, baginda bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur selama tiga tahun. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Southend-on-Sea College di England dalam bidang kesusasteraan, sains sosial, and sains rumah tangga. Pada masa lapang, baginda gemar berkebun, bersenam, bermain golf, dan mengikuti kelas keagamaan.[4]

Perkahwinan sunting

Baginda telah berkahwin dengan Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada tahun 13 November 1977 sebagai isteri keduanya selepas kemangkatan isteri pertama suaminya Sultanah Aminah pada 14 September 1977.

Kemahkotaan sunting

Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultanah Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ke-84 pada 28 Oktober 1978 di Istana Besar Johor.

Eponim sunting

Darjah kebesaran sunting

Kurniaan Johor sunting

Kurniaan Kelantan sunting

Rujukan sunting

Tunku Puan Nora
Tarikh keputeraan: 10 Oktober 1937
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Tunku Puan Fawzia Abdullah
Tunku Puan Johor
2011 – kini
Pemegang jawatan kini