Sultanah Nur Zahirah
Sultanah Nur Zahirah (nama asal Rozita binti Adil Bakeri; dilahirkan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah) merupakan permaisuri kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nicholas Convent, Alor Setar.
Sultanah Nur Zahirah | ||
---|---|---|
![]() | ||
Raja Permaisuri Agong XIII | ||
13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 | ||
Pertabalan | 26 April 2007 | |
Negeri | Terengganu | |
Pendahulu | Tengku Fauziah | |
Pengganti | Sultanah Haminah Hamidun | |
Sultanah Terengganu | ||
12 Julai 1998 – kini | ||
Kemahkotaan | 4 Mac 1999 | |
Pendahulu | Tengku Ampuan Bariah (sebagai Tengku Ampuan Besar) | |
Pasangan | Sultan Mizan Zainal Abidin | |
Anakanda |
Tengku Nadhirah Zahrah (Tengku Puteri Utama Raja) | |
Kelahiran | 7 Disember 1973 | |
Alor Setar, Kedah |
Baginda juga pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996 dan dikurniakan gelaran Yang Amat Berbahagia To' Puan Seri Rozita binti Adil Bakeri. Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah yang diputerakan pada 18 Disember 1996, Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail yang diputerakan pada 1 Mac 1998, Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua'az yang diputerakan pada 22 Disember 2000 dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ yang diputerakan pada 19 April 2002.
Baginda telah dilantik sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu Permaisuri Nur Zahirah pada 12 Julai 1998 dan dikurniakan Darjah Kerabat Terengganu Yang Maha Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999. Baginda turut dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 9 Julai 1998. Baginda telah dimasyhurkan dengan kurniaan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2005.
Baginda kemudiannya telah dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Baginda juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hiasan dalaman dan mementingkan ruang yang kemas dengan persekitaran yang teratur, sempurna dan bersih. Di samping itu, baginda gemar memasak terutama hidangan istimewa untuk santapan baginda sekeluarga. Antara hobi baginda yang lain adalah membaca, bermain bola jaring serta mengemas.
Sumbangan sosial Sunting
Baginda juga merupakan penaung diraja untuk pelbagai pertubuhan, badan-badan kebajikan dan persatuan institusi pendidikan di negeri Terengganu. Pertubuhan di bawah baginda terdiri daripada:
- Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat.
- Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA).
- Persatuan Hospis Terengganu.
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pusat Bukit Besar, Terengganu.
- Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Terengganu.
Satu lagi pencapaian penting ialah Tadika An Nur merupakan sebuah prasekolah yang berprestij di Terengganu yang dinaungi oleh Seri Paduka Baginda Tuanku. Prasekolah ini telah berkembang dengan pesat ketika baginda merancang untuk memberikan pendidikan awal untuk anakanda-anakandanya. Baginda kini merupakan Penaung Diraja Tadika An Nur yang kini telah dibuka kepada orang ramai.
Baginda juga memainkan peranan besar ketika penganjuran misi program Kemanusiaan terhadap mangsa gempa bumi Lautan Hindi 2004 dengan mengutip derma serta diagihkan kepada mangsa melalui kedua-dua kerajaan Acheh dan negeri Kedah. Seri Paduka Baginda Tuanku juga melibatkan diri dengan program-program membantu golongan miskin dan berkeperluan khas.
Pada tahun 2006, Yayasan DiRaja Sultan Mizan, sebuah yayasan Kerabat Diraja Terengganu, yang diwakili oleh baginda telah mengedarkan botol susu khas untuk bayi yang mengalami sumbing, peralatan pam susu ibu dan alat-alat berkaitan yang lain bagi membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.
Baginda juga merupakan Tuanku Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Anugerah Sunting
Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dianugerahi Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada satu majlis di Istana Terengganu pada 15 Julai 2011.[1][2]
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden The BrandLaureate Dr KK Johan. Turut hadir ialah CEO The BrandLaureate Chew Bee Peng dan anggota lembaga APBF.
Dalam membaca ucapan menjunjung kasih dan tahniah kepada Tuanku Permaisuri, Chew Bee Peng menyifatkan: “Keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat Malaysia diiktiraf banyak pihak dan amat dihargai dan Tuanku sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. “Menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang diusahakan Tuanku seperti Yayasan Tuanku Nur Zahirah, membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pengukir tempatan di Terengganu dan pada masa yang sama membantu mempromosikan dan memulihara kraf dan warisan asli,”.
Tuanku Nur Zahirah menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 4 Disember 2005 yang disampaikan oleh Canselor KUSTEM, Sultan Mizan pada Majlis Konvokesyen Khas di Dewan Sultan Mizan, Kustem, Kuala Terengganu.
Pingat dan darjah kebesaran Sunting
Penghargaan Terengganu Sunting
- Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK I, 16 January 1999)
- Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ, 6 July 2001) - Dato' Seri
- Darjah Kebesaran Sultan Mahmud I Terengganu Yang Amat Terpuji (SSMT, 9 July 1998)
Penghargaan Malaysia Sunting
- Malaysia :
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN, 5 April 2007)
- Kedah :
Penghargaan Luar Negara Sunting
- Thailand :
Panggilan dan gelaran Sunting
Gelaran hormat bagi Sultanah Nur Zahirah | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 7 Disember 1973 - 28 Mac 1996: Cik Rozita binti Adil Bakeri
- 28 Mac 1996 - 15 Mei 1998: Yang Amat Berbahagia To' Puan Seri Rozita binti Adil Bakeri
- 15 Mei 1998 - 5 Jun 2006: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Nur Zahirah, Permaisuri Terengganu
- 5 Jun 2006 - 13 Disember 2006: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu
- 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
- 12 Disember 2011 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu