Sumber terbuka (open source) merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan capaian kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat, diubah dan disebarkan secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

Pengenalan sunting

Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:

1. Pengedaran Semula Bebas

Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2. Kod Sumber

Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Dimana sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber pada kos reproduksi berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet tanpa sebarang bayaran.

Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.

3. Kerja Bersumber

Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan dibawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4. Keutuhan Kod Pencipta Kod Sumber

Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan.

Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi yang lain daripada perisian asal.

5. Tiada Diskriminisasi Terhadap Seseorang Atau Kumpulan

Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang.

6. Tiada Diskriminasi Terhadap Usaha Bidang Lain

Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa lain daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain.

Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

7. Pengedaran Lesen

Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada sesiapa yang mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8. Lesen Tidak Boleh Khusus Kepada Satu Produk

Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

Jika aturcara ini diekstrak daripada distribusi tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawah terma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang sama dengan mereka yang mendapat hak bersamaan edaran aturcara asal.

9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain

Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan diatas medium sama harus juga perisian sumber terbuka.

Sejarah sunting

Pada tahun 1950-an, IBM mengedarkan beberapa sistem pengendalian dalam format sumber terbuka, dan kumpulan yang dinamakan dengan SHARE ditubuhkan untuk memudahkan pertukaran kod sumber. Pada tahun 1960-an, para penyelidik yang berkerja di bawah ARPANET menggunakan proses yang dinamakan RFC untuk membangunkan protokol-protokol jaringan telekomunikasi. Proses kerjasama ini menyumbang kepada kelahiran Internet pada tahun 1969.

Istilah "sumber terbuka" mula dipopularkan ketika sesi strategi yang diadakan di Palo Alto, California. Sesi ini diadakan sebagai reaksi kepada pengumuman Netscape pada bulan Januari 1998 untuk membebaskan kod sumber produk Netscape Navigator. Individu yang menghadiri sesi tersebut termasuklah Cristine Peterson, Todd Anderson, Larry Augustin, Jon Hall, Sam Ockman dan Eric S. Raymond.

SEJARAH perisian sumber terbuka juga panjang dan berliku. Bermula dengan International Business Machines (IBM) memperkenalkan komputer komersial pertama pada 1960-an menggunakan perisian sistem operasi yang disediakan secara percuma (ia boleh dikongsi bersama pengguna lain kerana disertakan bersama kod sumber terbuka yang boleh diubah suai dan diperbaiki).

Bagaimanapun, keadaan itu berubah apabila penghujung 1960-an IBM tidak lagi membekalkan perisian berkenaan dan kemunculan model perisian komersial boleh dikesan pada pertengahan 1970-an. Gerakan perisian sumber terbuka sekarang diasaskan akibat kemunculan dua kumpulan utama yang mendukung pemberian perisian secara percuma di Amerika Syarikat.

Richard Stallman, bekas pengatur cara di Makmal Kepintaran Buatan MIT, melancarkan Projek GNU dan Yayasan Perisian Bebas. Matlamat utamanya ialah membangunkan perisian sistem operasi secara percuma serta bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan Stallman bermula dengan menyediakan perkakasan pengatur cara, misalnya pembangun dan penyunting.

Satu pihak lain ialah Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Universiti California di Berkeley untuk mempertingkat dan memperbaiki sistem Unix serta membangunkan banyak aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix.

Pada pertengahan 1990-an, kebanyakan projek perisian sumber terbuka menghasilkan perisian bermutu tinggi dan bermanfaat. Antara yang popular ialah Apache (popular sebagai pelayan WWW), Perl (digunakan di perpustakaan), XFree86 (dimanfaatkan untuk pelaksanaan X11 bagi komputer peribadi), GNOME dan KDE (kedua-duanya menyediakan set perpustakaan dan aplikasi secara konsisten untuk mesra guna PC).

Perisian paling terkemuka ialah Mozilla (projek perisian percuma yang dibiayai Netscape) untuk membangunkan pelayar bagi melayari WWW serta GNOME dan KDE kerana ia memberi peluang kepada pengguna bukan teknikal merasai pengalaman memanfaatkan PC.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mendapat suntikan berharga daripada Linus Torvalds, yang ketika itu menuntut di Universiti Helsinki, Finland. Linus yang amat meminati sistem UNIX kecil dikenali sebagai Minix menghasilkan satu sistem yang melepasi standard Minix.

Beliau memulakan kerjanya pada 1991 dan menghasilkan versi pertama 0.02 dan meneruskan penyelidikannya serta menghasilkan versi pertama kernel Linux. Kernel adalah jantung kepada sistem Linux yang dihasilkan menerusi Lesen Umum (GNU) manakala kod sumbernya adalah percuma kepada sesiapa saja yang memiliki idea untuk menambah baik perisian berkenaan.

Kelebihan Linux yang diedarkan secara percuma di samping ketahanannya, memiliki kepelbagaian fungsi dan mudah dimanfaatkan, menyebabkan ia muncul sebagai sistem operasi pilihan kepada Microsoft dan Unix.

Sebahagian besar kegunaan Linux adalah untuk pelayan manakala bagi kegunaan rumah dan pejabat, ia semakin mendapat sambutan daripada pengguna. Sistem operasi yang dihasilkan itu boleh digabungkan terus ke dalam cip mikro menerusi proses yang dikenali sebagai embedding dan semakin digunakan untuk peranti komunikasi lain.

Kelebihan perisian sumber terbuka sunting

Tiada paksaan untuk menaiktarafkan sesuatu perisian Pembekal bagi perisian berbayar perlu untuk mengekalkan imbuhan pendapatan mereka. Dengan menjual satu produk kepada pelanggan adalah tidak berbaloi. Mereka mengkehendaki pelanggan sentiasa membeli dalam meningkatkan tahap kualiti produk dan menambah ciri-ciri baru. Tetapi mereka yg menghasilkan perisian sumber terbuka kebiasaannya tidak begitu. Contohnya: • Sistem pengoperasian lama bagi Microsoft yang sudah tamat tempoh akan kehilangan support, penyelesaiannya hanya dengan menaiktaraf sistem tersebut: http://www.ther...e/21981.html

Kos efektif Perisian Sumber Terbuka selalunya datang dengan kos yang percuma. Ini membantu syarikat dan seterusnya negara untuk menggunakannya.

Lebih selamat Disebabkan kod sumber adalah terbuka, lebih ramai yang memeriksa kod sumber dan dengan itu lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan. Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.


Linux Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux(Linux distribution), yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan Sistem Pengoperasian. Contoh-contoh perisian adalah seperti Pelayan Web, Bahasa Pengaturcaraan, Pangkalan Data(database), Persekitaran Desktop(Desktop environment) (seperti GNOME dan KDE), dan suite pejabat(office suite) seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang propritari(proprietary) dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.


Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor(vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.

Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP,Python. LAMP telah mencapai kepopularan yang luas di kalangan pembangun Web.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Gerakan sumber terbuka antarabangsa sunting

Gerakan sumber terbuka di Nusantara sunting

Malaysia sunting

Indonesia sunting