Summer Holiday (filem)

Summer Holiday (夏日的麼麼茶) ialah satu filem komedi romantik Hong Kong pada tahun 2000 yang disutradarakan oleh Jingle Ma dan dibintangi oleh Richie Jen dan Sammi Cheng.

Summer Holiday
PengarahJingle Ma
Lakon layarSusan Chan
Dihasilkan olehDavid Chan
Sasaki Kiyo
Patricia Chong
DibintangiRichie Jen
Sammi Cheng
SinematografiJingle Ma
Chan Kwok-Hung
Disunting olehKwong Chi-leung
Muzik olehPeter Kam
Syarikat
penerbitan
Golden Harvest
Red on Red
Diedarkan olehGolden Harvest
Tarikh tayangan
10 Ogos 2000 (2000-08-10)
Masa tayangan
98 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Pecah panggungHK$21,336,647

Cerita ini mengenai seorang wanita Hong Kong bernama Summer dibuang kerja dan pergi ke Malaysia untuk menjual separuh daripada pantainya kepada seorang pemaju tempat peranginan. Namun begitu, sepupunya telah menjual separuh tanahnya kepada seorang lelaki tempatan (Momocha) yang enggan menjualnya kerana pantai itu adalah tempat dia bermain sejak kecil. Kisah tersebut bermula dengan kebencian tetapi bertukar perlahan-lahan menjadi satu percintaan.

Summer Holiday ini memperoleh kutipan pecah panggung sejumlah HK$21,336,647, menjadikannya filem tempatan paling terlaris selepas Needing You... di Hong Kong pada tahun 2000. Filem ini pernah dicalonkan dalam empat kategori dalam Anugerah Filem Hong Kong Ke-20, termasuk Sinematografi Terbaik bagi Chan Kwok-Hung, Arahan Seni Terbaik bagi Silver Cheung, Skor Filem Asli Terbaik bagi Peter Kam dan Lagu Filem Asli Terbaik bagi Jen, Ah Niu dan Michael Wong.

Filem ini menjalani penggambaran di Pulau Redang, Terengganu, sebuah pulau yang terletak di Daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia serta beberapa babak di Melaka, Kuala Terengganu, Tokyo dan Hong Kong.

Pelakon sunting

  • Richie Jen sebagai Momocha
  • Sammi Cheng sebagai Summer Koo
  • Vincent Kok sebagai Bos Summer
  • Echo Chen sebagai YoYo
  • Chan Hing-cheung sebagai Hercules
  • Michael Wong sebagai Zeneger
  • Tay Ping Hui sebagai George
  • Katherine Wang sebagai Yau
  • Tam Fung-ling sebagai Daisy
  • Chow Siu-yin sebagai Setiausaha
  • Chan Pui-hing sebagai Pengantin Lelaki
  • Cheung Wai-kuen sebagai Pastor
  • Chan Yi-yi sebagai May
  • Mak Kwai-yuen sebagai Roger
  • Wong Chi-hong sebagai En. Chan
  • Yu Chung-yik sebagai Tarzan
  • Yeung Ying-choi sebagai Snake
  • Yip Cho-yau sebagai Elephant
  • Ankee Leung sebagai Pekerja Tarzan
  • Yamada Rena sebagai Takagi
  • Seung Yik-san sebagai Tommy
  • Wyman Yeung sebagai George Palsu
  • Siu Yee-ting sebagai Teman Perempuan Tarzan
  • Jeffrey Wong sebagai Polis #1
  • Wan Kin-fai sebagai Polis #2
  • Tam Wai-ching sebagai Penyambut Tetamu
  • Chan Wing-chi sebagai Bus Polaris Investment
  • Charlie Hau sebagai Ahli Eksekutif Polaris Investment
  • Ng Suk-sam sebagai Peguam Summer


Pautan Luar sunting