Sumpah Bunian ialah sebuah siri drama televisyen ghaib Malaysia 2009 dibintangi oleh Nora Danish[1] dan Ryzal Jaafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lagenda TV3 30 September 2009 menggantikan Senandung Si Dayang.[2]

Sumpah Bunian
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAdam Hamid
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod19
Penerbitan
PenerbitZainuddin Ismail
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 September 2009 – 2 November 2009
Kronologi
MengikutiSenandung Si Dayang
Diikuti olehNenek Kebaya

Sinopsis sunting

Mengisahkan kehidupan Hawa, seorang puteri bunian, yang mana pada waktu kecilnya, Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan. Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.

Hawa merindui Adam dan berasa sunyi selepas pemergiannya. Tujuh belas tahun berlalu, Adam kini sudah dewasa dan membantu syarikat bapanya, Tuan Hashim. Namun minat Adam masih pada alam semula jadi, flora dan fauna. Adam kembali ke hutan, tempat dia bermain sewaktu kecil untuk melihat haiwan-haiwan jinak yang sering menemani zaman kanak-kanaknya. Terlihatkan kunjungan Adam, Hawa sekali lagi terpikat dengan Adam yang sudah 17 tahun dirinduinya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kakak Tua: Bila Nora Danish jadi puteri bunian yang 'gedik' mStar Online. 6 Oktober 2009. Dicapai pada 27 Ogos 2010.
  2. ^ Budiey (29 September 2009). Drama Lagenda Puteri Bunian Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 27 Ogos 2010.