Sumpah Ibu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Rusdi Ramli, dibintangi oleh Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, dan Rashidah Jaafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 bermula 8 Januari 2017 hingga 3 Februari 2017 menggantikan Diari Cinta Kita.[1][2]

Sumpah Ibu
GenreDrama, keluarga
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahRusdi Ramli
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kepada Dia" oleh Farahdhiya
Lagu penutup"Kepada Dia" oleh Farahdhiya
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Faris Che Aziz
  • Nur Farhana Zulkifli
Penerbit
PenyuntingMinn Johari
SinematografiNizam Ismail
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 Januari 2017 – 3 Februari 2017

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu. Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Sumpah Ibu (TV9) My Infotaip (8 Januari 2017). Dicapai pada 6 Mei 2017.
  2. ^ Budiey (30 Disember 2016). Yang Best Tentang Drama Sumpah Ibu Lakonan Adiba Yunus Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  3. ^ Sumpah Ibu (2017): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 5 Jun 2018.