Sumpah Orang Minyak
Filem Sumpah Orang Minyak mula ditayangkan pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Ia diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Sumpah Orang Minyak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.filem ini merupakan filem seram P.Ramlee.
Sumpah Orang Minyak | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | p ramlee |
Penulis |
|
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers Ltd |
Tarikh tayangan |
|
Negara | |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis Sunting
Kisah berlaku pada tahun 1901 di sebuah kampung yang bernama Tualang Tiga. Si Bongkok hidup tersisih daripada penduduk kampung kerana rupanya yang hodoh. Walaupun begitu, dia seorang yang berhati mulia dan pandai pula melukis. Si Bongkok begitu kecewa dengan nasib dirinya lalu mempersoalkan takdir. Tanpa disedarinya, dia telah di bawa ke alam bunian dan diberi peluang untuk meminta apa sahaja. Si Bongkok meminta untuk menukar rupa hodohnya itu menjadi cantik, tetapi dia diberi satu syarat, iaitu dia mesti bersumpah untuk tidak membunuh sesama manusia. Setelah dikembalikan ke tempat asalnya, Si Bongkok terpaksa menempuh ujian Tuhan yang maha berkuasa. Si Bongkok tidak dapat melawan perasaannya yang dicabar, dan akibatnya telah melakukan suatu pembunuhan. Kerana melanggar sumpahnya, kecantikan Si Bongkok tidak dapat lagi dilihat oleh manusia. Dia menjadi halimunan, lalu muncullah pula syaitan yang menawarkan janji palsu untuk membantunya. Si Bongkok terpaksa menjadi orang minyak dan memperkosa 21 orang gadis dalam masa tujuh hari, selain mengaku bahawa syaitan adalah tuhan.orang minyak yang mengamuk di kampung tualang tiga akhirnya di penjara di dalam botol oleh raja bunian.
Pelakon Sunting
- P. Ramlee sebagai Si Bongkok/Teruna Impian/Orang Minyak
- Salleh Kamil sebagai Buyong
- Sri Dewi sebagai Afida
- Daeng Idris sebagai Bang Selamat
- Haji Mahadi sebagai Penghulu Bunian
- Marion Willis sebagai Puteri Bunian
- Shariff Dol sebagai Syaitan
- Ali Rahman sebagai Ali
- M. Babjan sebagai Penghulu 1
- Malek Sutan Muda sebagai Penghulu 2
- Mustarjo sebagai Osman
- Nyong Ismail sebagai Pembantu Penghulu
- M. Rafiee sebagai Kawan Buyong
- Omar Suwita sebagai Kawan Buyong
- Kemat Hassan sebagai Kawan Buyong
- Ahmad C sebagai Kawan Buyong
- Salbiah
- Fatimah Osman
- Raja Hamidah
- Rahmah Rahmat sebagai Kawan Afida
- Ahmad Ghani
- Rokiah Hashim
- Pranic Pramut
- A. Rahim
Anugerah dan pencalonan Sunting
- Festival Filem Asia Pasifik ke-5, 1958 (Manila)
- Sinematografi Hitam Putih Terbaik - A. Bakar Ali