Buka menu utama

Jami' at-Tirmidhi (Bahasa Arab: جامع الترمذي‎, Jāmi` at-Tirmidhī), juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi (Bahasa Arab: سُـنَن الترمذي‎, Sunan al-Tirmidhī), ialah satu daripada enam kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah. Ia dihimpunkan oleh Abu Isa Muhammad ibn Isa al-Tirmizi.

Basmala.svg
Sebahagian daripada siri
Sunah Waljamaah


أهل السنة والجماعة‎

Mazhab

Hanafi
Syafi'i
Maliki
Hanbali

Teologi

Maturidi
Ash'ari
Athari

Cabang

Deobandi
Barelwi
Salafiyah

Lima rukun

Syahadah
Solat
Zakat
Puasa
Haji
Qada dan qadar

Khulafa al-Rasyidin

Abu Bakar
Umar
Uthman
Ali

Pengumpulan hadis

Sahih Bukhari
Sahih Muslim
Al-Sunan al-Sughra
Sunan Abu Daud
Sunan al-Tirmizi
Sunan Ibnu Majah
Al-Muwatta Imam Malik
Sunan Al-Darimi

Sunan At-Tirmizi merupakan kitab ke-5 dalam susunan Kutubus Sittah. Imam At-Tirmizi telah mengumpullkan hadis-hadis selama 20 tahun, akan tetapi hanya 3956 hadis yang dimasukkan dalam sunannya. Sunan At-Tirmizi bukan sahaja mengandungi hadis-hadis sahih, malah ia juga mengandungi hadis-hadis hasan, dhaif, dan gharib dengan menerangkan kelemahannya.

Tajuk kitabSunting

Al-Kattani berkata: "Jami al-Tirmizi juga dikenali sebagai Sunan; himpunan ini bukan dua kitab berlainan, dan juga [dikenali sebagai] Al-Jami al-Kabir."[1]


PujianSunting

Al-Hafiz Abu'l-Fadl Al-Maqdisi berkata, 'Aku dengar daripada al-Imam Abu Ismail Abdullah bin Muhammad Al-Ansari di Harrah — apabila Abu Isa al-Tirmizi dan kitabnya di bicarakan di hadapannya — berkata: "Bagiku kitab ini lebih berguna daripada kitab-kitab Bukhari dan Muslim. Ini kerana hanya seorang pakar mampu memdapat manfaat daripada kitab al-Bukhari dan kitab Muslim, sementara setiap orang mampu meraih manfaat daripada kita Abu Isa".'[2]

Ibn Al-Athir berkata: '(Ia) adalah kitab yang terbaik, memiliki manfaat yang paling banyak, aturannya terbaik, dengan perulangan yang paling kurang. Ia mengandungi apa yang tiada pada kitab-kitab lain; seperti penyataan pendapat mazhab berlainan, sudut-sudut penghujahan, dan menerangkan sama ada kedudukan hadis, sama ada Sahih, Gharib, atau Da'if, dan juga catatan yang baik atau buruk (berkaitan perawi).'

KetulenanSunting

Orang Islam Sunni menganggap himpunan ini sebagai kelima 'kekutannya' dalam Al-Kutub.[3]

Jenis hadis mengikut ketulenanSunting

Daripada empat kitab Sunan, hanya kitab Imam al-Tirmizi yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama, yang dimuatkan hadis Sahih beliau bersetuju dengan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Bahagian kedua pula mematuhi piawai dua orang sarjana hadis, Imam Abu Daud, dan Imam Nasa'i. Imam al-Tirmizi menggunakan piawai kedua-dua sarjana ini —piawai ini kurang sedikit daripada piawai Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

Ketiga ialah himpunan hadis yang mempunyai percanggahan; dalam kes ini beliau menerangkan kelemahan hadis. Dan bahagian keempat, hadis-hadis yang telah digunkan oleh pakar fiqah.[4]

UlasanSunting

(Inggeris)

  • Aridhat al-Ahwathi bi Sharh Sunan al-Tirmidhi written Ibn al-Arabi d. 543H (1148-49 CE)
  • Sharh Jaami' al-Tirmidhi of which only the last portion of remains - Sharh 'Ilal at-Tirmidhi - by Ibn Rajab
  • Commentary on al-Tirmidhi's Hadith Collection by al-Zayn al-Iraqi
  • Footnotes, including explanation and verification, of approximately the first third of the Sunan by Ahmad Muhammad Shakir
  • al-`Urf al Shadhi Sharh Sunan Al-Tirmidhi by Anwar Shah Kashmiri
  • Tuhfat Al-Ahwadhi Bi Sharh Jami` Al-Tirmidhi by 'Abd al-Rahman al-Mubarkafuri, ed. 'Abd al-Rahman Muhammad 'Uthman, 10 vols., Beirut

.

RujukanSunting

  1. ^ Al-Risalah al-Mustatrafah, pg. 11.
  2. ^ Shurut al-A'immah al-Sittah, by al-Maqdisi, pg. 101.
  3. ^ Haddad, G. F. "Various Issues About Hadiths". 
  4. ^ Shurut al-A'immah al-Sittah, by al-Maqdisi, pg. 92.

Pautan luarSunting