Kitab As-Sunan as-Sughra (Bahasa Arab: السنن الصغرى‎), juga dikenali sebagai Sunan al-Nasa'i (سنن النسائي) atau Al-Mujtaba (المجتبى) ialah salah satu dari Al-Kutub al-Sittah (enam kitab hadis utama) orang Islam Ahli Sunah Waljamaah, dan telah dikumpul oleh Imam al-Nasa'i. Ahli Sunah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadis utama mereka.[1]

Kitab al-Sunan al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadis (mengira Mukarrar, iaitu, riwayat berulang) yang dipilih al-Nasa'i dari karya utamanya al-Sunan al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadis Hasan di samping hadis Sahih.[2]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting