Sundae (makanan Korea)

[1]Sundae (sebutan bahasa Korea: [sʰundɛ], juga sering dieja soondae) ialah masakan Korea disediakan untuk umum dengn mendidih atau mengukus usus lembu atau babi yang disumbat dengan pelbagai bahan-bahan. Ia adalah sejenis sosej darah dan dipercayai telah dimakan sejak sekian lama. Resipi yang berkaitan dengan sundae boleh didapati dalam buku masakan Joseon yang diterbitkan pada abad ke-19 seperti "Gyuhap chongseo" dan "Siuijeonseo".[1]

Sundae (makanan Korea)
Nama Korea
Hangul순대
Perumian Semakansundae
McCune–Reischauersundae

Sundae boleh dibuat dengan makanan laut seperti ojing-eo sundae (오징어 순대 sundae sotong) dan myeongtae sundae (명태 순대 sundae pollock Alaska).[1]

Jenis sundae yang paling biasa diperbuat daripada usus babi disumbat dengan mi selofan (dangmyeon), barli, dan darah babi,[2] walaupun sesetengah kelainan juga mengandungi daun perilla, daun bawang (pa), pes kacang soya diperam (doenjang), pulut, kimchi, dan tauge kacang soya. Ia adalah makanan jalanan popular di Korea Utara dan Korea Selatan. Malah, ada kawasan kejiranan yang dipanggil Sundae Town di Sillim-dong yang mempunyai banyak restoran yang mengkhususkan penyediaan sundae.[3]

Kepelbagaian sunting

 
Ojingeo sundae

Setiap jenis sundae berikut sama ada berasal dari sesetengah kawasan dengan resipi atau pembalut yang berbeza. Gaeseong soondae menunjukkan kes yang awal, yang berasal dari Kaesong manakala ojingeo soondae mengambil namanya dari bahan yang membalut inti sundae.

Masakan yang disediakan dengan sundae sunting

 
Sundaeguk
  • Sundaeguk (순대국) - guk, atau hidangan seperti sup yang dibuat dengansundae.[1] Kadang-kadang ia termasuk kepingan usus berlemak (gopchang), hati, paru-paru, cebisan tulang rawan, dan daging.[6]
  • Sundaebokkeum (순대볶음) - bokkeum atau hidangan goreng kilas yang dibuat dengan sundae, sayur-sayuran dan gochujang (perasa cili)
  • Baeksundae (백순대), dibuat dengan bahan-bahan dan kaedah yang sama dengan sundae bokkeum, kecuali penambahan gochujang

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Sundae (순대)" (dalam bahasa Korean). EncyKorea. Dicapai pada 2008-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Goldberg, Lina "Asia's 10 greatest street food cities" CNN Go. 23 March 2012. Retrieved 2012-04-11
  3. ^ (Korea) Sundae town, Seoul News, 2009-09-09. Retrieved 2010-06-27.
  4. ^ a b c d "Sundae (순대)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2008-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Eogyo sundae (어교 순대)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2008-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Jung, Alex "5 Korean ways to eat a pig" CNN Go. 11 November 2011. Retrieved 2012-04-11

Pautan luar sunting