Sungai Arau (anak sungai Batang Mukah, Daerah Mukah)

Sungai Arau (Jawi: سوڠاي اراو; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Arau) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah, Sungai Arau merupakan anak sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Arau
Sungei Arau
Sungai Arau (anak sungai Batang Mukah, Daerah Mukah) is located in Bumi
Sungai Arau (anak sungai Batang Mukah, Daerah Mukah)
Sungai Arau (anak sungai Batang Mukah, Daerah Mukah) (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan perhutanan di barat Rumah Bangga, Mukah
 • ketinggian17 meter (55.8 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Bangga, Mukah
 • koordinat
2°36′18″N 112°16′22″E / 2.60497°N 112.27284°E / 2.60497; 112.27284Koordinat: 2°36′18″N 112°16′22″E / 2.60497°N 112.27284°E / 2.60497; 112.27284
 • ketinggian
11 meter (36.1 ka)
Panjang0.53 kilometer (0.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sejarah sunting

Sungei Arau merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Arau sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Arau didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Arau yang telah direkodkan terletak di 2°34′N 112°16′E / 2.567°N 112.267°E / 2.567; 112.267 (Sungai Arau).[6][7]

Ciri-ciri fizikal sunting

Punca sungai bagi Sungai Arau terletak di dalam kawasan perhutanan sekunder. Ketinggian sumber bagi Sungai Arau ialah di 17 meter (55.8 ka) dari paras laut. Dengan pergerakan sungai ke arah timur, Sungai Arau bakal melalui kawasan pertanian pokok kultivar sebelum tamat di Rumah Bangga (atau Rumah Banga). Sungai Arau bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah sebagai penamatnya, di ketinggian 11 meter (36.1 ka) dari paras laut di kawasan perkampungan yang sama.[1][2] Sungai Arau mengalir sepanjang 0.53 kilometer (0.3 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Arau merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Arau.[8] Kawasan lembah Sungai Arau dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8]

Lihat juga sunting

  • Sungai Pedalai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Riam, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b "Sungai Arau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.