Sungai Asahan ialah sebuah sungai sepanjang 150 km di Sumatera Utara, Indonesia. Sungai ini mengalir dari mulut Danau Toba, melewati Porsea di Kabupaten Asahan dan berakhir di Teluk Nibung, Selat Melaka.

Dari segi pelancongan, Sungai Asahan dimanfaatkan sebagai lokasi kegiatan rakit redah jeram, dan telah menyelenggarakan kejuaraan redah jeram antarabangsa pada tahun 2000, 2001 dan 2003.