Sungai Asap terletak di Bakun, daerah Belaga, Sarawak, Malaysia. Rumah penduduk yang tenggelam dan terlibat dalam projek Empangan Bakun telah dipindahkan ke perumahan baru di Sungai Asap. Sungai Asap juga merupakan sebatang sungai yang mengalir ke dalam Sungai Koyan, Sungai Belaga dan bertemu dengan Sungai Rajang di Belaga.