Sungai Bari adalah sebatang sungai sepanjang 14.1 km yang terdapat di daerah Setiu, Terengganu. Mengalir dari hulu sungai di Bukit Jeluntong dalam kawasan Kampung Sungai Bari dan Kampung Langkap sehingga bertembung dengan cawangan Sungai Chalok dan Sungai Merang yang menyebabkan aliran Sungai Bari berpecah menghala ke laut melalui dua muara iaitu Kuala Setiu di Kampung Mangkok dan Kuala Merang di Kampung Merang. Sungai Bari menjadi sumber air utama untuk pengairan sawah padi Projek Agropolitan Setiu-Besut di Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat, tali air dan rumah pam turut dibina untuk tujuan penanaman padi berskala besar ini. Banjir berlaku di kawasan ini pada setiap kali musim tengkujuh hampir setiap tahun, banjir akan membawa limpahan tanah lumpur aluvium ke tebingan sungai dan kuala sungai. Tanah aluvium ini amat subur untuk ditanam dengan padi sawah.

Sungai Bari