Sungai Han (Korea)

Sungai Han (Hangul: 한강 Hanja: 漢江) adalah sebatang sungai yang terdapat di Korea Selatan dan merupakan sungai keempat terpanjang di Semenanjung Korea selepas Sungai Yalu (Sungai Amnak), Sungai Tumen (Sungai Dumen) dan Sungai Nakdong.[1] Sungai ini terbentuk daripada pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Namhan (Sungai Han Selatan) dan Sungai Bukhan (Sungai Han Utara) yang berasal dari lembah Gunung Geumgang di Korea Utara. Sungai Han mengalir dari dua sungai tersebut sehingga melalui bandar raya Seoul sebelum bersambung dengan sungai Imjin dan mengalir ke Laut Kuning.

Sungai Han
Nama asal한강
Lokasi
NegaraKorea Selatan, Korea Utara
Ciri-ciri fizikal
MuaraLaut Kuning
Sungai Han
Hangul한강
Hanja
Perumian SemakanHan-gang
McCune–ReischauerHan'gang

Jumlah panjang sungai ini ialah 514km (319 batu).[2] Walaupun sungai ini tidak begitu panjang, tetapi lebarnya sangat luas seperti di Seoul dimana sungai ini mempunyai lebar lebih daripada 1km (0.62 batu). Sebelum dibangunkan beberapa buah empangan di sungai Han, sungai ini dikenali kerana kadar alir sungainya yang sangat besar (nisbah antara jumlah aliran minimum dengan maksimum) iaitu 1:390. Sebagai perbandingannya, Sungai Thames di London, United Kingdom dan Sungai Rhine masing-masing mempunyai pekali 1:8 dan 1:18.[3]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Shin, Jung-il, "Historic River Flowing through the Korean Peninsula." Koreana (Summer, 2004), 6.
  2. ^ Yi, Hyeong-seok and Kim Ju-hwan, Hangang [The Han River](Seoul: Daewonsa, 1990), 61.
  3. ^ Korea Water Resources Association: http://www.kwra.or.kr/news/en_02.html Diarkibkan 2007-08-26 di Wayback Machine

Pautan luar sunting

Koordinat: 37°45′N 126°11′E / 37.750°N 126.183°E / 37.750; 126.183