Sungai Kelamah terletak berhampiran dengan bandar Gemas, negeri Sembilan, Malaysia. Kedudukan dalam peta pada latitud 2.5666667 Utara dan longitud 102.55 Timur. Ketinggian pada 48 meter dari aras laut.

Tugu PeringatanSunting

Sebuah tugu peringatan daripada marmar setinggi 8 kaki telah dibina di Sungai Kelamah bagi memperingati tentangan sengit tentera Australia terhadap kemaraan tentera Jepun padas 14 Januari 1941 , semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun sedang mara ke bandar Segamat. Tentera Australia dipimpin oleh Leftenan Kolonel Gallahan.

Banjir 2006Sunting

Pada 20 Disember 2006, Sungai Kelamah, Gemas, Kampung Tengah Geduk di Gemencheh, Kampung Keru Hilir di Tampin , Kampung Ladang, Gemas telah dilanda banjir setinggi 1.5 meter. 6 buah pusat penempatan banjir telah dibina di Gemas. Jalan Gemencheh - Batang Melaka telah tenggelam 1 meter dan ditutup kepada semua lalulintas ketika itu.

Perhentian kereta api Sungai KelamahSunting

Perhentian Sungai Kelamah merupakan perhentian keretapi dari/ ke Gemas.

Sila lihatSunting