Buka menu utama

Sungai Kelang merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor di Malaysia ke Selat Melaka. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1,288 km persegi. Sungai Kelang mempunyai 11 cawang sungai utama. Sungai ini bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.

Sungai Kelang
Negara-negara lembanganSelangor dan Kuala Lumpur, Malaysia
Ciri-ciri fizikal
MuaraSelat Melaka
Panjang120 km
Zero Mile Kuala Lumpur with Sungai Gombak and Sungai Kelang in the background

Disebabkan sungai ini mengalir melalui Lembah Klang yang padat dengan lebih empat juta penduduk, ia agak tercemar. Pembangunan pesat telah menyempitkan sebahagian sungai sehingga menyerupai parit besar. Ini sering mengakibatkan banjir kilat di Kuala Lumpur, terutamanya apabila hujan lebat.

Bandar dan kawasan sekitarSunting

EmpanganSunting

Terdapat dua empangan utama di Sungai Kelang iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gates yang menyalurkan bekalan air kepada penduduk Lembah Kelang dan penebat banjir.