Sungai Ozama (Sepanyol: Rio Ozama) ialah sebuah sungai di Republik Dominika. Sungai ini mengalir dari Gunung Loma Siete Cabezas di Pergunungan Sierra de Yamasá berdekatan bandar raya Villa Altagracia. Sungai ini kemudian mengalir sejauh 148 km hingga akhirnya bermuara di Laut Caribbean. Di kawasan muara, sungai ini membelah ibu kota Republik Dominika, Santo Domingo, menjadi sisi barat dan timur. Terdapat tiga anak sungai Ozama, iaitu Sungai Isabela, Sungai Sabita, dan Sungai Yabacao.

Ozama
Sungai Ozama di Santo Domingo
Lokasi
NegaraRepublik Dominika
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiLoma Siete Cabezas, Sierra de Yamasá, Republik Dominika
Muara 
 • lokasi
Laut Caribbean, Republik Dominika
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang148 km (92 bt)
Saiz lembangan2,685 km2 (1,037 bt2)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSavita, Yabacao
 • kananSungai La Isabela

Pada 1498, Bartolome Colon memerintahkan pembangunan sebuah kubu di delta Sungai Ozama, yang kemudian menjadi pemukiman tetap Eropah pertama di Benua Amerika, iaitu Santo Domingo. Muara Sungai Ozama ketika itu "dipenuhi ikan dan merupakan tempat orang Indian bertanam singkong dan ubi," menurut sejarawan Troy Floyd.[1]

Sungai Ozama kini tercemar akibat pencemaran di pinggiran sungai dan kilang yang membuang sisanya ke sungai ini. Ini menjadi salah satu penyebab utama pencemaran di pesisir Santo Domingo.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Floyd, Troy (1973). The Columbus Dynasty in the Caribbean, 1492–1526. Albuquerque: University of New Mexico Press. m/s. 34.
  2. ^ 2006–2016, Merit Designs Consulting Group. "Recovering Santo Domingo's rivers". DominicanToday (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2017-10-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)