Kampung Sungai Penchala terletak di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sungai Penchala
Lokasi
NegaraMalaysia

Kampung Sungai Penchala adalah antara kampung yang sedang giat membangun. Kerajaan telah mewartakan Kampung Sungai Penchala sebagai salah satu tanah rizab melayu di Kuala Lumpur.

Kampung ini boleh dikatakan sebagai kawasan yang paling cepat membangun dalam jangka masa 10 tahun ini. Banyak pembangunan telah berlaku di Kampung Sungai Penchala. Kampung ini berdekatan dengan Mutiara Damansara dan Bandar Utama dimana satu ketika dahulu kawasan ini merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Pada tahun 2008, Lebuhraya Damansara-Puchong dibuka menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, Kepong dan Gombak melalui MRR2. Pada tahun 2004, Lebuhraya SPRINT pula dibuka untuk menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sri Hartamas melalui Terowong Penchala. Kini Kampung Sungai Penchala mempunyai sebuah masjid baru bername Masjid Al-Hidayah, selain Masjid Jamek Tengku Adul Aziz Shah.

Kampung Sungai Penchala yang pada satu ketika dahulu pernah menjadi markas Al-Arqam. Sungai Penchala mempunyai penduduk dari pelbagai daerah dan negeri. Kaum-kaum seperti Kerinci, Boyan atau Bawean, Jawa, Minang sudah lama tinggal di Kampung Sungai Penchala. Penduduknya mengamalkan konsep bersatu-padu walaupun terdapat 3 pecahan kampung di Kampung Sungai Penchala.

Pecahan kampung yang ada di Kampung Sungai Penchala:

1. Penchala Indah
2. Kampung Palimbayan
3. Kampung Palimbayan Indah


Antara tokoh yang tinggal di sini ialah Noor Azam, mantan ketua pengarang majalah Dewan Masyarakat.

Templat:Sungai di Kuala Lumpur