Sungai Ruil terletak di Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Orang Asli suku Semai telah lama tinggal di sini dan menarik perhatian pelancong.

Sungai Ruil
Lokasi
NegaraMalaysia

Tarikan pelancong sunting

Pada 25 Jun 2009, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merasmikan pakej pelancongan Orang Asli Sungai Ruil. Pelancong asing memang meminati kehidupan asli , sebenar dan 'adventurer' di dalam hutan.Pelancong dari Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman, negara-negara Skandinavia dan United Kingdom yang menghargai gaya hidup dan warisan masyarakat Orang Asli seluruh dunia termasuk Malaysia. Mereka menganggap kehidupan tradisional Orang Asli sangat eksotik dan perlu dikekalkan.[1]

Pada 7 Ogos 2011, seramai tujuh Orang Asli Semai di Sungai Ruil maut akibat tanah runtuh dalam tragedi Tanah runtuh Cameron Highland 2011.

Rujukan sunting