Sungai Seine
Sungai Seine (bahasa Perancis: La Seine, disebut: [la sɛn]) merupakan sebatang sungai di Wilayah Île-de-France dan Haute-Normandie di negara Perancis. Ia merupakan sungai utama di Paris, iaitu ibu negara Perancis. Sungai ini mengalir ke Selat Inggeris melalui kawasan Teluk Seine.
Sungai Seine | |
---|---|
Negara-negara lembangan | Perancis |
Ciri-ciri fizikal | |
Muara | Selat Inggeris (Teluk Seine di Le Havre) 49°26′5″N 0°7′3″E / 49.43472°N 0.11750°EKoordinat: 49°26′5″N 0°7′3″E / 49.43472°N 0.11750°E |
Panjang | 776 km (482 mi) |
Terdapat banyak jambatan yang merentasi Sungai Seine, 37 di dalam bandar raya Paris. Antaranya ialah Pont de Normandie, iaitu antara jambatan bertambat kabel yang terpanjang di dunia.